DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Friday, June 1, 2012

Bila Semut ke Korea! (Bahagian 1)


Assalammualaikum w.b.t. (update)

Syukur Alhamdulillah Semut dan keluarga selamat mendarat di KLIA pada 4.15pm hari Khamis 31 Mei. 
Untuk peringatan, catatan pengalaman ini Semut tujukan khas buat sesiapa saja yang mahukan infomasi tentang kembara di Seoul, Korea, bukan niat untuk menunjuk tetapi lebih kepada kongsi pengalaman. Yang mana baik dijadikan tauladan yang mana buruk dijadikan sempadan. 

Apa yang Semut bawa balik dari pengembaraan ini?
Hehehehe.. sakit badan dan sakit lutut. Tidak ketinggalan juga sakit tekak.

Apa yang perlu untuk sedia (selain duit dsbnya) untuk mengembara di Korea?
Fizikal dan mental! Keadaan dan bentuk muka bumi yang berbukit. Memangggggggggg kena banyak jalan kaki. Amat payah untuk lihat orang gemuk di Korea! Ngaaaaa…

Sebelum apa-apa, mahu Semut ingatkan bahawa perjalanan Semut di Seoul Korea tanpa menggunakan khidmat ‘Tourist Guide’. Semut bersama to’laki dan rakyat jelata seramai lima orang yang masih dalam kategori kanak-kanak. Jadi perjalanan kami tidak sama dengan ‘Single Backpacker’. ‘Itinerary’? Alhamdulillah 85% Berjaya! (Okay la kan dengan rakyat jelata yang kecil dan ramai nih). Orait dah! Mari kita mula.

Hari Pertama. KLIA-Incheon,Seoul- Itaewon.
Sebelum pegi, ada beberapa ‘incident’ yang Semut kira ia merupakan ujian dari Allah. Pertamanya, tertinggal bas untuk ke KLIA. Keduanya, anakanda kena ‘light gastrik’ada kemungkinan keracunan makanan (sambutan hari guru makan macam-macam kat sekolah).

Pendek cerita ‘touch down’ di Incheon pada pukul 6.40 pagi waktu Korea (sejam awal dari waktu Malaya) penerbangan mengambil masa 6 jam. Tapi jangan sangka 5.30 pagi tu masih gelap gulita macam di Malaya. Gedebak gedebuk proses kastam dan ambil beg semua dalam pukul 7 lebih kami keluar. Seorang ahjusi/pak cik korea dengan kertas A4 tertulis nama to’laki Semut sudah sedia menunggu.
Incheon merupakan ‘International Airport’ yang terletak di pulau dan untuk ke Seoul mengambil masa dalam lebih kurang sejam, bergantung kepada apa kenderaan yang anda pilih. Sama ada subway, train, bas atau teksi. 
This ahjusi can speak English (korean English) hehehe..


Memandangkan keadaan keluarga Semut dan kedudukan ‘Guest House’ yang terletak di atas bukit maka yang paling sesuai untuk kami adalah ‘airport taxi’. Kos tambang teksi deluxe adalah 95,000 won plus 10,000 won untuk pemandu tunggu didalam ‘arrival hall’ bersama kertas A4 tertera nama anda. (tak de la pening kepala nak cari kat mana teksi-Betul tak?)

Oh! Lupa nak beritahu, T-card atau T-money boleh didapati belakang kaunter Korea Tourism di airport tu (dalam 7 eleven). Tak jauh pun, betul-betul sebelah kiri setelah keluar dari pintu ‘arrival’. Sebenarnya untuk T-money ni ada  untuk bebudak dan remaja. Tapi anda kena apply dulu di website berkenaan yang mana ditulis dalam tulisan hangul dan diproses dalam masa seminggu. Jadi kalau anda berhajat nak beli T-money untuk bebudak, silalah apply dulu sebelum ke Korea. Huhuhu…
Kenapa perlu beli T-Money? Hahaha.. sebenarnya tak wajib pun. T-money boleh digunakan di subway, teksi, bas, dan blab la bla. Ia mengantikan duit dan tambang boleh jadi lebih murah. Gitu la ceritanya.

Okay, balik kepada perjalanan kita. Setiap teksi ada GPS. Hanya bagi alamat tempat dituju kepada pemandu teksi, pak cik tu key in dan walllaaaaa… zuppppp.
Sepanjang di Korea ni, kami memilih untuk duduk di Ines Inn, Itaewon. 400,000 won   plus 100,000 won deposit untuk satu bilik 5 malam (5 katil) - untuk tidur je kan, jadi jangan mengharap luas bagai okayyy.  Akhirnya kami sampai di Ines Inn dalam pukul 8 pagi. Menanti dengan penuh sabar (sepatutnya pukul 12 check-in tapi kami tak diberitahu punnnn), mujur Mr Lee (tuan punya Guest House) bertolak ansur membenarkan kami masuk. Tingkat atas sekali. NO LIFT! Jangan nak mengada! Nak tengok 'street view' sila ke sini lepas tu anda taip alamat ini "451-1 Itaewon dong, yongsan gu, Seoul" - sangat membantu, seolah anda berada di sana sebelum waktunya.. ;)
451-1 Itaewondong, Yongsangu, Seoul
Ha!Apa lagi hangkut la naik atas nuuuu...

Rumah tamu ini mempunyai 3 bilik. Penyewa berkongsi bilik air dan dapur. Kemudahan membasuh baju disediakan. Jadi…. Tak perlu lah nak bawa baju banyak. 
Dapur sebelum kami 'kerja'kan.

Ruang tamu dikongsi bersama...

Mengikut itinerary, sepatutnya hari ini kami ke Nami Island. Tapi memandangkan rakyat jelata semua penat dan keletihan maka kami ‘turu’ duluuuu…
From the Ines Inn Roof Top, you can see The Namsan Tower.
Dalam pukul 2 petang, kami ke subway berdekatan. Belajar cara nak beli tiket dan tujuan utamanya nak beli t-money. Hahhaah.. bagai itik dan ayam. Ada 7 eleven dalam subway stesen di Noksapyeong (stesen subway yang berdekatan dengan GH kami). Ahjuma (boleh berbahasa Inggeris) yang ada di kaunter tiket sangat perihatin untuk menolong mengajar kami bagai mana menggunakan mesin tiket subway. 

Hehehe gelak ahjuma tu bila kami katakan nak ke Stesen Itaewon. Kenapa? Hahaha.. dekat jer. Kan dah Semut kata, orang Korea ni banyak berjalan. Huhuhu… malah kami ada berjumpa seorang nenek bongkok 45 darjah, masih gagah menapak anak tangga yang banyak di dalam subway tu. Ngaaaaaa… Laju pulak tu! Huhuhu..
 

Toilet ada dimana-mana. Bersih woooo.. walaupun di ceruk belakang kedai di Itaewon.

Untuk hari pertama ini, kami berjalan menyusuri Itaewon yang terkenal dengan lambakan orang luar dengan kata lain orang sini panggil ‘Alien’. Hohoho.. Kami tuju masjid, lihat-lihat sekitar, jumpa orang Malaya, hanya berpandukan map. Sebenarnya makan langsat juga lah. Agak-agak macam hilang arah, sekali terpandang puncak nunnnn menara Masjid Itaewon. Alhamdulillah…. Jalan menghala ke masjid tu memang kena mendaki. Dannnn…. Semut jumpa restaurant Murree! Memang teringin sangat nak makan kimchi halal. Andai anda nak cari Muree Restaurant ni, jalan menghala ke masjid terus dan kedainya sebelah kanan. Selamat mencari!
Nasi Goreng kimchi 8000won
Sup daging 15000won
Yawww… Itu je lah sekali. Selepas dari itu kami masak sendiri jerrr… kuikuikuiii


Kebetulan tiba di masjid, ada event untuk warga Pakistan sedang berlangsung. Tazkirah! Semut ditunjukkan jalan untuk ke bahagian perempuan dibahagian atas melalui office. Tak sempat menunggu magrib memandangkan lama lagi dan kami telah pun menunaikan solat jamak takdim sebelum keluar dari GH. 

Sebenarnya banyak tempat yang boleh di'explore' sekitar Itaewon. Dari Stesen Noksapyeong ke Stesen Itaewon terus ke Hangangjin Station, dikirikanan jalan utama (Itaewon Street) dipenuhi kedai. Juga terdapatnya Leeum, Samsung Museum of Art. Hahah.. anda larat nak berjalan? Silakan. Atau ambil saja teksi. Atau naik bas awam -kena lah study dulu bas awam Itaewon warna apa dan route nya ke mana. Sebagaimana yang dilakukan seorang jiran kami (pelancung rakyat Malaya) lakukan. Apa yang beliau buat, ambil gambar route bas yang ada kat tepi jalan tu lepas tu balik GH study route. Namun pada pendapat Semut cara beliau tidak sesuai untuk kami bersama rakyat jelata.  Habis hari pertama dengan berjalan-jalan sekitar Itaewon. 

Nota Kaki:
Untuk cari Seoul Central Masjid atas bukit tu... Dari Stesen Itaewon exit 2 @ 3 jalan terus sampai jumpa Dunkin Donuts (land marks paling mudah), lepaskan Itaewon Fire Station, Gas Station dan Italy Custom Tailor, jumpa simpang sebelah kanan, sila belok dan jalan terussss naik bukit. Dalam perjalanan tu lah anda akan jumpa Murree Restaurant!  
 

6 comments:

  1. salam. Saya akan ke Korea pertengahan bulan ini. Pada pendapat saudari, ok x menginap di Ines Inn tu ? Selain Ines Inn, boleh x tlg cadangkan hotel / penginapan di Itaewon yg berdekatan dgn masjid @ restoren muslim @ subway ? Mohon maklum balas ke email saya : abumuaz84@gmail.com. Terima kasih

    ReplyDelete
  2. Menarik sekali info yg diberikan ni!

    ReplyDelete
  3. Kalau pakai T-Money, boleh guna sama untuk bas Seoul CIty Tour x?

    ReplyDelete
  4. Selamat hari raya! boleh emelkan itinerary sang semut pada saya? aquaticupm@gmail.com,,, terima kasih..

    ReplyDelete
  5. salam kak..kalau nak tempah taxi airport smpi tggu depan pintu arrival macam ner ek??

    ReplyDelete
  6. salam bos.... nak tanya la ada tak no bos ines inn ke atau sape2 yang urus kan ines inn tu..... susah la nak call budak yang uruskan ines inn tu.

    ReplyDelete