DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Friday, September 26, 2014

Assalammualaikum..

setahun lebih menyepi. Dalam pada tu semut ada ke Hanoi, Saudi dan New Zealand(North Island).

Hari ini (tahun hijrah) seTahun yang lalu. 9hari sebelum 10zulhijjah, Semut dan toklaki memulakan perjalanan ke bumi penuh barakah. Ingatan dan pengalaman yang masih segar. Tanpa diduga Semut dan suami dijemput menjadi tetamu yang paling istimewa oleh Sang Pencipta. Alhamdulillah.

Kurang lebih sebulan surat jemputan diterima sebelum tarikh keberangkatan. Segala persiapan perlu diurus dalam pada itu. Allah permudahkan segala urusan kami.

La baik ka Allahuma La baik!


And the journey begin......

Friday, August 31, 2012

Ketupat



Assalammualaikum w.b.t

Balik untuk menyambut raya di rumah bonda 2 tahun sekali (gilir dgn kampong to’laki), kali ni tak sempat nak tolong anyam ketupat sebab bonda telah lebih awal sehari anyam. Kami anak beranak hanya sempat tolong isi beras je dalam ketupat. Namun berpeluang jugak semut asah bakat pada daun lebih yang bonda khaskan untuk lepat. Anak-anak hanya sempat belajar ketatkan anyaman. Semut dulu belajar pun dengan ketatkan dulu anyaman. (Uitt! Ada la dua tiga kali champion anyam ketupat alaaa.. kat sekolah, Segamat dan kat Ohio jerrrrr..)

Agaknya bila la Semut boleh turunkan ilmu pada anak2? Daun kelapa susah nak cari. Sekarang orang pakai ketupat segera je.. Reben la kot. Sayang kan kalau seni menganyam ketupat semakin dilupakan.





Monday, August 27, 2012

Bunga Taik Ayam?



Assalammualaikum..
Bunga dari taman bonda. Kenapa dinama kan bunga tahi Ayam?!! Siapa agaknya yang menamakan bunga ini sebegitu… Alahai..

MaryGold (kedengaran lebih sopan bila diomputehkan)

Thursday, July 19, 2012

Oh Peh Lis!


Assalammualaikum w.b.t

Nak taip jugak la.. sesapa yang mem’blog’, punyai blog atau akan buat ‘blog’ atau pun web page… Peh-Lis laaa.. tolong jangan letak music sebelah tu. Menganggu la wehhhh.. Semut senang je.. asal ada outomatik music.. Semut larikkk..

1.      Sedang sedap-sedap blog walking. Vinggg vang voom.. terperanjat woooo.. walaupun lagu tu lagu slow.
2.      Kalau nak letak pun bagi la alternative untuk kita pilih on and off. Jangan la waat yang otomatik play.. aiiiii
3.      Agak tak sesyuai la nak membaca lepas tu diganggu lagu-lagu (iye laaa.. nak tunjuk yang hangpa minat kat penyanyi tu kot) ce bayangkan tengah baca berita cerita sedey.. background lagu lady gaga.. aiiii
4.      Lebih tak sesyuai kalau blog tu ada video/you tube untuk ditontoni.. Duh! Nak dengar yang mana? Double sound wooo kekadang boleh jam. Vinggggggg..!!
5.      Buka page satu lagu sama.. buka page dua lagu sama diulang balik.. bukak page 3 .. duhhh! Nanyi tak abis ulang balik part tu.. Wala weiiii..

Lain la kalau blog anda tu memang blog jual CD atau DVD. Errr tapi tengok Awakening tak dak pun otomatik main lagu.

Pedulik afe kan .. blog mengkome.. Tak de la.. tegur je.. Bulan Ramadhan esok lusa. Dari lagu biar la mengaji.. amacam?

Salam Ramadhan ..
Maaf kali ni tak de gambo!

Thursday, July 12, 2012

Henshin!


Assalammualaikum w.b.t


Percubaan pertama meng’edit’ menggunakan Lightroom… ;)



 Dan gambar asalnya......


Saya seorang pemegang DSLR, saya bukan seorang jurugambar.. :)

Monday, July 9, 2012

Award by Pixoto. (ke-3)


Assalammualaikum w.b.t.

Semut dapat ‘shield’ lagi… kali ini 2 serentak untuk hari bertarikh 8 Julai 2012. Dalam kategori Architecture & Design. 


Cerita tentang gambar.

Gambar ini diambil di Madain Saleh. Dinamakan Nabatien Tomb kerana ia merupakan kubur yang dibina oleh kaum Nabatien. Bongkah atau bukit batu di ukir sebegini dan didalamnya terdapat petak-petak yang ditebuk untuk memuatkan mayat-mayat. Semut masih terhidu bau mayat walaupun ia merupakan tinggalan berkurun lamanya. Satu perasaan seram menyapa diri kerana disini pernah berlakunya tanda kekuasaan Allah terhadap umatnya yang tidak beriman.

~Sesungguhnya pada kisah umat-umat terdahulu dan apa yang Allah turunkan kepada mereka berupa murka dan siksa Allah disebabkan berpalingnya mereka dari apa yang dibawa oleh para rasul, terdapat satu pelajaran dan nasihat.

Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia
وَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُّكْرًا

” Dan berapa banyak (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Rabb mereka dan rasul-rasulNya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami adzab mereka dengan adzab yang mengerikan.” (Ath-Thalaq)~