DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Showing posts with label Scenery. Show all posts
Showing posts with label Scenery. Show all posts

Friday, September 26, 2014

Assalammualaikum..

setahun lebih menyepi. Dalam pada tu semut ada ke Hanoi, Saudi dan New Zealand(North Island).

Hari ini (tahun hijrah) seTahun yang lalu. 9hari sebelum 10zulhijjah, Semut dan toklaki memulakan perjalanan ke bumi penuh barakah. Ingatan dan pengalaman yang masih segar. Tanpa diduga Semut dan suami dijemput menjadi tetamu yang paling istimewa oleh Sang Pencipta. Alhamdulillah.

Kurang lebih sebulan surat jemputan diterima sebelum tarikh keberangkatan. Segala persiapan perlu diurus dalam pada itu. Allah permudahkan segala urusan kami.

La baik ka Allahuma La baik!


And the journey begin......

Thursday, July 19, 2012

Oh Peh Lis!


Assalammualaikum w.b.t

Nak taip jugak la.. sesapa yang mem’blog’, punyai blog atau akan buat ‘blog’ atau pun web page… Peh-Lis laaa.. tolong jangan letak music sebelah tu. Menganggu la wehhhh.. Semut senang je.. asal ada outomatik music.. Semut larikkk..

1.      Sedang sedap-sedap blog walking. Vinggg vang voom.. terperanjat woooo.. walaupun lagu tu lagu slow.
2.      Kalau nak letak pun bagi la alternative untuk kita pilih on and off. Jangan la waat yang otomatik play.. aiiiii
3.      Agak tak sesyuai la nak membaca lepas tu diganggu lagu-lagu (iye laaa.. nak tunjuk yang hangpa minat kat penyanyi tu kot) ce bayangkan tengah baca berita cerita sedey.. background lagu lady gaga.. aiiii
4.      Lebih tak sesyuai kalau blog tu ada video/you tube untuk ditontoni.. Duh! Nak dengar yang mana? Double sound wooo kekadang boleh jam. Vinggggggg..!!
5.      Buka page satu lagu sama.. buka page dua lagu sama diulang balik.. bukak page 3 .. duhhh! Nanyi tak abis ulang balik part tu.. Wala weiiii..

Lain la kalau blog anda tu memang blog jual CD atau DVD. Errr tapi tengok Awakening tak dak pun otomatik main lagu.

Pedulik afe kan .. blog mengkome.. Tak de la.. tegur je.. Bulan Ramadhan esok lusa. Dari lagu biar la mengaji.. amacam?

Salam Ramadhan ..
Maaf kali ni tak de gambo!

Monday, July 9, 2012

Award by Pixoto. (ke-3)


Assalammualaikum w.b.t.

Semut dapat ‘shield’ lagi… kali ini 2 serentak untuk hari bertarikh 8 Julai 2012. Dalam kategori Architecture & Design. 


Cerita tentang gambar.

Gambar ini diambil di Madain Saleh. Dinamakan Nabatien Tomb kerana ia merupakan kubur yang dibina oleh kaum Nabatien. Bongkah atau bukit batu di ukir sebegini dan didalamnya terdapat petak-petak yang ditebuk untuk memuatkan mayat-mayat. Semut masih terhidu bau mayat walaupun ia merupakan tinggalan berkurun lamanya. Satu perasaan seram menyapa diri kerana disini pernah berlakunya tanda kekuasaan Allah terhadap umatnya yang tidak beriman.

~Sesungguhnya pada kisah umat-umat terdahulu dan apa yang Allah turunkan kepada mereka berupa murka dan siksa Allah disebabkan berpalingnya mereka dari apa yang dibawa oleh para rasul, terdapat satu pelajaran dan nasihat.

Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia
وَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُّكْرًا

” Dan berapa banyak (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Rabb mereka dan rasul-rasulNya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami adzab mereka dengan adzab yang mengerikan.” (Ath-Thalaq)~



Tuesday, June 19, 2012

Award from Pixoto! (ke 2)


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sekali lagi. Gambar ini.. menjadi pilihan Pixoto. Tak kisah lah tangga ke berapa… at least menghargai. Yang paling penting.. mengakui kehebatan ciptaan Allah!!



 Cerita disebalik gambar ini.... Bunga ini kecil daripada ibu jari besarnya. Ketika menunggu anak menyahut panggilan alam di Naminara Republic, semut berjalan-jalan berhampiran Winter Sonata Gallery. Seorang anak kecil sedang dipujuk oleh ibu dan ayahnya supaya bergaya disebuah pohon besar yang agak tua. 

Memerhatikan lagak si kecil sekali gus menyebabkan semut terpandang bunga di celah pohon tua itu. Kelebihan laras yang panjang ini, semut zoom kan dari jauh. Hasilnya... :)

Tuesday, June 12, 2012

Award from Pixoto!


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillahhh! Perkataan pertama yang semestinya dan sepatutnya diucapkan. Mungkin bagi mereka yang dah biasa ini sesuatu yang tak mendatangkan apa-apa makna buat mereka. Hehehe.. izinkan Semut senyum sampai ke telinga…

Dua hari lepas, seperti biasa usai tugasan rumah Semut akan kongsikan sekeping gambar untuk semua. .
Maka pagi ini sekali lagi Semut ingin kongsikan keindahan ciptaan Allah.  (semalam Semut kurang sihat-Alhamdulillah-jadi tak tahu apa yang berlaku di Pixoto)

Apa yang memeranjatkan di ruang kanan ada lambang ‘Shield’, semut fikir “aik! Pixoto ada anti virus baru ke?” Hahahah.. Tengok? Betapa ketinggalan ketapi nya makcik sorang ni!



Semut gerakkan ‘cursor’ kearah ‘shield’ tersebut dengan tujuan untuk mendownload antivirus Pixoto. Huhuhu… (maafkan keterbutaan IT Semut)
Seketika kemudian baru perasan! AWARD! 

Untuk kepastian bahawa Semut tidak bermimpi.. Semut buka email. Soheh!

Bagi seorang Semut yang tidak pernah menghadirkan diri pada mana2 kelas atau outing berkenaan KuMIrA .. amat-amat menghargai benda-benda macam ni.. (elehhhhhh! itu pun nak bagi tau.. ) Huhuhu.. bukan riak! tapi nak bagi semangat kepada mereka yang seangkatan dengan Semut. Jangan putus harap.. teruskan menembak!
Adohai.. Alhamdulillah… 

The Story about the picture

Gambar ini diambil di Four Season Garden Everland, Korea. Satu taman yang akan diubah mengikut musim. Terlalu banyak bunga, membuatkan Semut tidak berasa masa berlalu begitu pantas. Mujur to'laki dan anak-anak sangat memahami minat umi mereka. :) . Dibatasi pagar setinggi lutut tidak menghalang Semut untuk menembak bunga-bunga ini. Menggunakan laras yang panjang, semuanya boleh di 'zoom'. Alhamdulillah! 

Saturday, April 7, 2012

Meniti senja

Merakam saat matahari tenggelam! (sunset bak kata omputeh) Kedengaran satu pekara yang mudah andai rumah anda di tepi pantai sebelah barat. Namun bagi saya, menyaksikan saat matahari tenggelam adalah sesuatu momen yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Atas keizinan Allah, saat yang indah itu dapat dilihat dengan salahsatu pancaindera yang 5. Atas keizinan Allah, pada ketika itu matahari membulat tidak dilindungi awan, memancarkan warnanya yang jingga. Atas keizinan Allah juga anda dapat merakam saat itu untuk dijadikan kenangan. 10 tahun lagi, gambar itu ditunjukkan kepada anak-anak sebagai antara momen paling berharga. Ucapkanlah syukur kerana anda mempunyai mata untuk melihat keindahan ciptaanNya. SubhanAllah!

Dari kejauhan, selama 2 hari menanti, akhirnya ia muncul dengan cantik disebalik awan.

Saat mega merah menghiasi kaki langit, tiada seekor burung pun yang masih berkeliaran.

Suatu ketika dalam perjalanan ke Mekah untuk ke Madain Salleh. Matahari Jeddah.

  *Saya seorang pemegang DSLR dan saya bukan seorang jurugambar...

Wednesday, January 11, 2012