Assalammualaikum w.b.t
*Terima
kasih buat sesiapa sahaja yang sudi jengah blog Semut. Catatan perjalanan
seorang ibu bersama suami dan 5 orang anak tanpa menggunakan khidmat pemandu
pelancong. Segala kekurangan harap dimaafkan.
Hari
ke 6 – Balik laa.. apa lagi.
Woah!
Seawal 3 pagi Semut dah bangun. Semalam tidur hampir pukul 12 malam. Kepenatan
punya pasal beg tak kemas lagi. Maka pagi itu baru nak kemas beg. Senang je
sebab Semut dan to’laki bukan kaki
shoping. Ngeeeeee.. (hagak-hagak la kan.. dapat berjalan tengok Negara orang
nie pun dah Syukurrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah yang teramatnya)
Flight
kami pada pukul 1130pagi. Kelmarin to’laki Semut sudah pun menghubungi seorang
ahjusi yang boleh berbahasa Melayu untuk menjemput kami ke airport dalam pukul
730pagi. Ahjusi ini menyediakan van
pengangkutan untuk pelancong.
The Ahjusi with his Starex |
Sekali
dia sampai, ha! Tu dia.. Starex ghopenye. Kami menaiki Starex kepunyaan ahjusi
(yang pernah duduk di Indonesia dan Malaya selama 20 tahun) untuk ke airport.
Bayaran yang dikenakan adalah 70,000won plus 10,000 won untuk bayaran tol. Okay
la kan.. kalau tahu, hari tu masa datang boleh panggil dia. Masalahnya to’laki
semut pun baru tahu. Huhuhu… Menurut ahjusi ni, kalau nak sewa dia dan kereta
untuk round Seoul (8jam) dia ambil bayaran 250,000won. Ada minat?
Dalam
perjalanan ke Incheon sempat la jugak tengok Floating Island, Banpo Bridge yang tak dapat pegi dan 63 Building, Yeouido sekali lalu.. Hahah.. tengok
je la.. nak pegi tak sempat.. Entah bila akan ke sini lagi. Setakat ni tiada sebarang
perancangan. Mmm.. tapi mana tau Jeju pulak lepas ni. Kuikuikui…
Floating Island |
63 Building |
Tiada
apa yang menarik untuk hari terakhir di Korea ni. Sedih ada lah. Hhhuhuhu..
The three stooges :) |
Jadi
seperti yang dijanjikan Semut senaraikan segala rujukan yang Semut guna untuk
mengumpul maklumat tentang Kembara di Seoul. Terima kasih buat semua penyumbang
infomasi.
1)CARI
MALAY FORUM – All About Korea. Semut sangat rekemen web address ni. Sangat
banyak infomasi yang boleh dicedok. Terima kasih banyak.
5) Innes Inn
http://malaysianguesthouseinseoul.blogspot.com/2012/01/guesthouse-in-itaewon.html
Nak tengok ‘Street
View’ Sila ke google Maps lepas tu taip “451-1 Itaewondong Yongsan gu, Seoul” Sebelah bangunan warna kuning.
6)Everland
7)Kepada sesiapa yang ada android sila download Metro Subway for Seoul
Sangatttttttttttttttttttttttttttttttt Membantuuuuu..
8)maklumat tentang makanan halal di Korea
9)International Taxi dari Incheon ke Seoul
10) Teksi
dari Guest House ke Incheon
Bapak
Bae Dae Yoel (Rakyat korea yang boleh berbahasa Melayu)
Tel: 010 - 8008 5831
Tel: 010 - 8008 5831
Harapnya membantu.
Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan
masa singgah disini. Semut harap catatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan
gambaran untuk anda bagaimana berjalan dengan kanak-kanak (5orang).
Tidak terlintas di hati semut untuk melarang
anda menggunakan perkhidmatan Tourist Guide. Semut hanya memberikan pilihan
jika anda ingin bergerak sendiri. Terpulang.
Syukur Alhamdulillahhhhhhhh…
Salam, terima kasih link-kan ke site saya. Menariknya ahjusshi yang boleh cakap Melayu tu. Lain kali boleh book dengan dia jugak.
ReplyDeleteSalam, terima kasih kepada anda kerana info yg sangat berharga.. :)
DeleteAs salam no telefon ahjusshi masih blh guna ke...sy perlukan transport dan pemandu...
ReplyDeleteAs salam no telefon ahjusshi masih blh guna ke...sy perlukan transport dan pemandu...
ReplyDelete