DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Showing posts with label tips jaga abaya. Show all posts
Showing posts with label tips jaga abaya. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Oh Peh Lis!


Assalammualaikum w.b.t

Nak taip jugak la.. sesapa yang mem’blog’, punyai blog atau akan buat ‘blog’ atau pun web page… Peh-Lis laaa.. tolong jangan letak music sebelah tu. Menganggu la wehhhh.. Semut senang je.. asal ada outomatik music.. Semut larikkk..

1.      Sedang sedap-sedap blog walking. Vinggg vang voom.. terperanjat woooo.. walaupun lagu tu lagu slow.
2.      Kalau nak letak pun bagi la alternative untuk kita pilih on and off. Jangan la waat yang otomatik play.. aiiiii
3.      Agak tak sesyuai la nak membaca lepas tu diganggu lagu-lagu (iye laaa.. nak tunjuk yang hangpa minat kat penyanyi tu kot) ce bayangkan tengah baca berita cerita sedey.. background lagu lady gaga.. aiiii
4.      Lebih tak sesyuai kalau blog tu ada video/you tube untuk ditontoni.. Duh! Nak dengar yang mana? Double sound wooo kekadang boleh jam. Vinggggggg..!!
5.      Buka page satu lagu sama.. buka page dua lagu sama diulang balik.. bukak page 3 .. duhhh! Nanyi tak abis ulang balik part tu.. Wala weiiii..

Lain la kalau blog anda tu memang blog jual CD atau DVD. Errr tapi tengok Awakening tak dak pun otomatik main lagu.

Pedulik afe kan .. blog mengkome.. Tak de la.. tegur je.. Bulan Ramadhan esok lusa. Dari lagu biar la mengaji.. amacam?

Salam Ramadhan ..
Maaf kali ni tak de gambo!

Sunday, February 13, 2011

Cara menjaga abaya.

Fuh! Nak kena jaga ke? Aiyaaa.. kena la wahai sohibah.. Bukan senang nak dapat kan.. bila dah ada, jaga la supaya tahan lama dan sentiasa nampak baru. Jangan nanti dua tiga kali pakai dah nampak lusuh. Macam ni laa.. ku turunkan tips berdasarkan pengalaman ku. Kalau anda ada idea yang lebih baik, amatlah dialu-alukan untuk kita berkongsi ilmu di sini. Wink! Wink! Ilmu yang dimanfaatkannnnnn..

Pertamanya :Jangan sekali-kali masuk mesin basuh! U'uh! (geleng pala). Kecuali, diulangi kecuali mesin basuh anda ada cucian 'delicate fabric' dan anda ada kantung khas untuk pakaian cucian 'delicate'. Alahai.. bukan susah pun nak cuci tangan. Tetapi pendapat peribadiku, seeloknya cucilah dengan tangan.

Kedua : Jangan lipat abaya anda! Lepas basuh (sesudah kering maaa) terus gosok dan gantung, lepas pakai pun gantung kat penyangkut baju. (Hampir kesemua abaya ku tak perlu gosok dan hanya sehelai dua je yang perlu digosok.. itu pun sekali.. selepas basuh)

Ketiga : Jangan guna bleach!!! Kalau di KSA, memang disediakan satu syampoo khas untuk abaya (Persil atau Woolite) yang mengekalkan kehitaman abaya. Tapi kita kat Malaysia mana adaaaa. (kalu ada yang berminat, ku sedia menerima order). Jadi, dari dulu (sebelum ku berhijrah ke KSA lagi) ku hanya mengunakan pelembut kain untuk mencuci abaya. Masih nampak macam baru walaupun usia abaya ku sudah masuk tahun ke 8.

Itu saja yang ku ingat setakat ini. Selamat menjaga abaya ;D