DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Tuesday, June 12, 2012

Award from Pixoto!


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillahhh! Perkataan pertama yang semestinya dan sepatutnya diucapkan. Mungkin bagi mereka yang dah biasa ini sesuatu yang tak mendatangkan apa-apa makna buat mereka. Hehehe.. izinkan Semut senyum sampai ke telinga…

Dua hari lepas, seperti biasa usai tugasan rumah Semut akan kongsikan sekeping gambar untuk semua. .
Maka pagi ini sekali lagi Semut ingin kongsikan keindahan ciptaan Allah.  (semalam Semut kurang sihat-Alhamdulillah-jadi tak tahu apa yang berlaku di Pixoto)

Apa yang memeranjatkan di ruang kanan ada lambang ‘Shield’, semut fikir “aik! Pixoto ada anti virus baru ke?” Hahahah.. Tengok? Betapa ketinggalan ketapi nya makcik sorang ni!



Semut gerakkan ‘cursor’ kearah ‘shield’ tersebut dengan tujuan untuk mendownload antivirus Pixoto. Huhuhu… (maafkan keterbutaan IT Semut)
Seketika kemudian baru perasan! AWARD! 

Untuk kepastian bahawa Semut tidak bermimpi.. Semut buka email. Soheh!

Bagi seorang Semut yang tidak pernah menghadirkan diri pada mana2 kelas atau outing berkenaan KuMIrA .. amat-amat menghargai benda-benda macam ni.. (elehhhhhh! itu pun nak bagi tau.. ) Huhuhu.. bukan riak! tapi nak bagi semangat kepada mereka yang seangkatan dengan Semut. Jangan putus harap.. teruskan menembak!
Adohai.. Alhamdulillah… 

The Story about the picture

Gambar ini diambil di Four Season Garden Everland, Korea. Satu taman yang akan diubah mengikut musim. Terlalu banyak bunga, membuatkan Semut tidak berasa masa berlalu begitu pantas. Mujur to'laki dan anak-anak sangat memahami minat umi mereka. :) . Dibatasi pagar setinggi lutut tidak menghalang Semut untuk menembak bunga-bunga ini. Menggunakan laras yang panjang, semuanya boleh di 'zoom'. Alhamdulillah! 

2 comments: