DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Showing posts with label Klik-klik scenery. Show all posts
Showing posts with label Klik-klik scenery. Show all posts

Monday, July 9, 2012

Award by Pixoto. (ke-3)


Assalammualaikum w.b.t.

Semut dapat ‘shield’ lagi… kali ini 2 serentak untuk hari bertarikh 8 Julai 2012. Dalam kategori Architecture & Design. 


Cerita tentang gambar.

Gambar ini diambil di Madain Saleh. Dinamakan Nabatien Tomb kerana ia merupakan kubur yang dibina oleh kaum Nabatien. Bongkah atau bukit batu di ukir sebegini dan didalamnya terdapat petak-petak yang ditebuk untuk memuatkan mayat-mayat. Semut masih terhidu bau mayat walaupun ia merupakan tinggalan berkurun lamanya. Satu perasaan seram menyapa diri kerana disini pernah berlakunya tanda kekuasaan Allah terhadap umatnya yang tidak beriman.

~Sesungguhnya pada kisah umat-umat terdahulu dan apa yang Allah turunkan kepada mereka berupa murka dan siksa Allah disebabkan berpalingnya mereka dari apa yang dibawa oleh para rasul, terdapat satu pelajaran dan nasihat.

Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia
وَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُّكْرًا

” Dan berapa banyak (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Rabb mereka dan rasul-rasulNya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami adzab mereka dengan adzab yang mengerikan.” (Ath-Thalaq)~



Saturday, April 7, 2012

Meniti senja

Merakam saat matahari tenggelam! (sunset bak kata omputeh) Kedengaran satu pekara yang mudah andai rumah anda di tepi pantai sebelah barat. Namun bagi saya, menyaksikan saat matahari tenggelam adalah sesuatu momen yang tidak dapat dibayar dengan wang ringgit.

Atas keizinan Allah, saat yang indah itu dapat dilihat dengan salahsatu pancaindera yang 5. Atas keizinan Allah, pada ketika itu matahari membulat tidak dilindungi awan, memancarkan warnanya yang jingga. Atas keizinan Allah juga anda dapat merakam saat itu untuk dijadikan kenangan. 10 tahun lagi, gambar itu ditunjukkan kepada anak-anak sebagai antara momen paling berharga. Ucapkanlah syukur kerana anda mempunyai mata untuk melihat keindahan ciptaanNya. SubhanAllah!

Dari kejauhan, selama 2 hari menanti, akhirnya ia muncul dengan cantik disebalik awan.

Saat mega merah menghiasi kaki langit, tiada seekor burung pun yang masih berkeliaran.

Suatu ketika dalam perjalanan ke Mekah untuk ke Madain Salleh. Matahari Jeddah.

  *Saya seorang pemegang DSLR dan saya bukan seorang jurugambar...

Monday, March 26, 2012

Merasa juga...

Gambar yang akhirnya terpilih untuk menghiasi Wall of Fame DSLR Malaysia 1 hari 1 foto. Ibarat 'Majalah AlamMaya' yang mempunyai keahlian melebihi 10 ribu dan dikunjungi oleh mereka yang bukan sahaja berada di Malaya.

Satu pengalaman yang banyak infomasi. Maka inilah dia gambar yang dimaksudkan http://www.flickr.com/photos/anniehashim/7002866639/sizes/l/in/photostream/



menghiasi Blog DSLR MALAYSIA 1 FOTO 1 HARI 22 mac 2012
http://fbdslrmalaysia.blogspot.com/2012/03/wall-of-fame-2232012.html

Terima kasih kepada para admin yang membuat pilihan diantara beratus-ratus gambar. terimakasih kepada ahli-ahlinya. Juga terima kasih kepada peny'sponsor' kamera saya. Syukran Jazilan. Menikmati keindahan ciptaan Allah. Syukur Alhamdulillah.

Wednesday, January 11, 2012

Friday, December 23, 2011

Tentang Bulan

Sang bulan saat dikampung bonda. (klik pada gambar untuk imej yang lebih besar)