DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Sunday, June 3, 2012

Bila Semut ke Korea! (Bahagian 2)


Assalammualaikum w.b.t 
 
*Sekali lagi peringatan-catatan ini dibuat untuk berkongsi pengalaman kami yang 'travel' bersama 5 orang anak dalam kategori kanak-kanak tanpa menggunakan khidmat 'Tourist Guide'.
(sambil makan Kimchi)

Hari kedua. Deoksugung Palace -Namsangol Hanok Village- Cheonggye Stream- Dongdaemun Shoping Complex.

Seawal 4 pagi subuh dah masuk. Yeah! Masing-masing lepas subuh segar bugar walaupun ada juga yang masih sayang nak tinggalkan katil. Sejukkk. Suhu dalam 21 darjah celcius. Apa nak buat? Pagi-pagi dah keletung keletang kat dapur. Masak nasi dan panaskan daging semur. Dalam pukul 7.30 kami bergerak menaiki subway untuk ke Deoksugung Palace
Cuba la jugak ambil gambar bagai dalam Brochure :P

Sebenarnya itinerary hari ni banyak palace ingin nak pergi tapi memandangkan anak-anak kena banyak berjalan jadi Semut ‘cut-off’ beberapa tempat. Dalam banyak-banyak Palace, Semut pilih Deoksugung kerana… Ada ‘changing guard’, boleh try hanok (baju tradisional korea) percuma. Tapi Semut tak cuba pun.. kuikuikui.. Sebab lain adalah tiket untuk masuk Palace hanya 1000won untuk dewasa dan 500won untuk kanak-kanak. (kemudiannya baru Semut tahu, Deoksugung Palace yang paling happening berbanding Palace lain-hehe iye ke?).  Namun tak salah kalau nak bersantai dan rehat-rehat tengok permandangan di Palace lain yang mana kawasannya lagi luas. Tinggal lagi larat tak larat je lah.. huhuhu.

Balai penghadapan yang dibuka untuk orang ramai setiap Sabtu.

Bersih dan tenang, kami datang awal.

Sangat mendamaikan...

Mereka ni sebenarnya masuk sekejap untuk praktis gaya bergambar dengan pelancong. heheh.. tengah dok praktis, semut hala je kamera kat derang... ngaaaa... otomatik derang posing. ngehngehngehhh

Hok yang ni tak boleh didekati, nanti ada satu samurai tulung halau.. hahaha.

Ahlu muzik.. derang march masuk dalam.. nanti beberapa ketika proses changing guard akan berlaku lagi. (gambar-gambar lain ada.. hehehe.. biarlah untuk tontonan kami jer..)
Deoksugung Palace, Stesen subway yang terdekat adalah City Hall Station Exit #2.

Untuk sampai ke City Hall Station dari Noksapyong Station, anda kena tukar line subway. Hahahaha.. inilah cabarannya. Selain kena tau hala mana kena tuju, dengan rakyat yang ramai kami turun dan naik tangga. Huhuhu.. bukan semua ‘changing lane’ ada exculator! Kena ingat disitu!..
Kelebihannya kami bertolak awal pagi, kami tak jumpa ramai orang dalam subway. Masih lagi lengang dan tak perlu beratur untuk membeli tiket masuk ke Palace. Untuk pengetahuan Sabtu dan Ahad ada ‘event’. Malah balai penghadapan juga dibuka kepada orang ramai untuk masuk pada hari Sabtu sahaja. (Balai penghadapan raja lah). Oh ye! Deoksugung Palace tutup setiap hari Isnin ye kawan-kawan.

Dari Deoksugung Palace, kami naik teksi ke Namsangol Hanok Village. Apa tu? Huhuhu.. perkampungan dan perumahan tradisional Korea. Dan sekali lagi ada ‘event’ setiap Sabtu dan Ahad. Jadi anda dinasihatkan merancang perjalanan untuk ketempat sebegini kena pada waktunya atau anda melanggut tengok tempat kosong. Ngeeeeeeeeeeee 

Bolehhh laaaa...

Seluas ini, apa lagi? Kudrat ada, jalan laaaaa... ngeeee. Katanya Gyeongbuk Palace lagi luas. Huhuhu

Kebetulan saat kami cari tempat berteduh dari hujan, kami berjumpa dengan kelas belajar gendang tradisi

Ketuk pakkk ketukkkk!

Baling jangan tak baling.. antara permainan yang ada untuk pengunjung mencuba.

Aktiviti mengecat gasing tradisi, satu gasing 4000won.

Pengantin lelaki (upcara perkahwinan tradisi Korea)

Pengantin pompuan... dudukkkk bangun.. dudukkk bangun. adeh... Tak larat la Semut nak tunggu sampai habis.

Dari Namsangol Hanok Village, kelihatan Namsan Tower. Kalau anda larat, sila lah jalan kaki ke sana ;)

Ahjusi ni cekap betul anyam kasut. Cuba tengok cerita zaman Istana Korea. Ha! derang pakai kasut ni laaa..


Angin bertiup kencang ketika kami turun dari teksi (dekat je.. kalau orang Korea jalan kaki jerrr).  Kebetulan saat kami pergi, ada upacara ‘tradisional wedding’,maka berdirilah seketika untuk melihat budaya dan adat orang Korea kahwin (huhuhu.. tak tunggu sampai abis pun). Ada beberapa permainan tradisi yang disediakan untuk dicuba, ada aktiviti berbayar seperti mengecat gasing, buat layang-layang, buat topeng. Dan beberapa lagi acara berbayar lain sebagai contoh, belajar pukul gendang tradisi korea, cara-cara menghidang dan membuat teh, pengalaman dengan hanok juga pelbagai acara lain. Pokoknya, sediakan duit dan masa. ;) 

Banyak juga acara di Namsangol Hanok Village ni berbanding dengan Bukchon Hanok Village. Kerana Bukchon Hanok Village merupakan rumah orang yang berpenghuni. Jika ada ke sini, anda akan hanya tengok rumah mereka dari lorong-lorong jalanan dan tidak sama sekali dibenarkan masuk ke dalam. “But the experience is difference!”. Hehehe.. semut tak pegi. Memandangkan kena berjalan dan perlu mencari 8 spot untuk mengambil gambar yang strategik. Fenat!!!! Namsangol Hanok Village tutup setiap Selasa.

Dari Namsan Hanok Village naik teksi ke Dongdaemun History & Culture Park (masih dalam pembinaan). Tujuan kami adalah untuk ke Cheonggye Stream, yang asalnya adalah longkang (macam sungai Klang laaaa) dan telah dibaik pulih menjadi salah satu tempat bersantai. Kami menyusurinya untuk ke Dongdaemun Shoping Complex.



Ikan dalam Cheonggye Stream

Sekali lagi makan buah langsat. Hehehe sebenarnya bangunan tu ada depan mata je. Tapi Allah izin maka kami menikmati buah langsat. Hehehe.. Alhamdulillah. Malangnya saat kami tiba kedai kebanyakkannya sudah ditutup. (kat sini felik la pulak.. dalam blog & forum berkenaan mereka yang pernah pegi, mereka kata Dongdaemun buka sampai pagi!)

Ada satu ‘incident’ yang agak kelakar ketika kami duduk melepaskan lelah di tebing Cheonggye Stream. Sepasang suamiisteri menghampiri Semut dan anak-anak. Sang suami bercakap dengan bahasa Korea. Sang isteri memerhati dan tersenyum. Semut balas “Tak paham!”. Tapi agakan Semut mereka ingin bergambar bersama kami. Yang ‘best’nya, to’laki Semut bantai kecek Klate kepada pasangan tersebut. Hehehe..

Setakat ini sudah beberapa kali kami menjadi perhatian, almaklumlah sekali jalan ibarat keretapi. Beberapa orang ahjuma begitu teruja melihat Semut dan to’laki bawa rakyat jelata jalan-jalan. Satu lagi, ahjuma sini suka tengok mata rakyat Malaya yang bulat-bulat. Hahah…                                                                                                                                         
Habis hari ke dua. 3 dari 5 tempat dapat kami ‘cover’. Alhamdulillah!!!
Nota kaki : Itinerary Asal –
1 )Gyeongbuk Palace
4)Bukchon Hanok Village
2)Namsan Tradisional Korean Hanok Village
3)Cheonggye Stream
5) Deoksugung Palace

1 comment: