Assalammualaikum w.b.t
Peringatan-catatan ini juga bertujuan untuk anda menilai sama ada mudah bergerak sendiri (bersama anak kecil) atau lebih selesa menggunakan 'Tourist Guide'. Anda tentukan...
Hari
ke 4 Myeongdong-Namdaemun Market
Memandangkan
kami semua kepenatan, hari ini kami keluar agak lewat. Tujuan hari ini untuk
mencari barang-barang yang dikirim.
Tiket
subway single journey untuk ke Myeongdong (beli ketika hari pertama belajar dari mesin
di subway) kami gunakan.
Apa
ada di Myeongdong? Macam Bukit Bintang lahh… hahaha.. Bukit Bintang pun Semut
tak pernah pergi.. huhuhu.. Banyak kedai-kedai untuk facial product. Huhuhu.. serius
Semut tak minat. Tak tau nak cari apa. Jadi kami mencari jalan menuju ke
Namdaemun Market. Ya! Jalan kaki berpandukan map!!!
Nature Republic, seperti pernah ku dengar.. tapi di mana yah! |
Tong sampah susah nak jumpa tapi sampah tak ada di jalanan... mmmm |
Myeongdong Theater. |
Agak-agak
sesat, kalau nampak minah atau mamat yang pakai baju merah dan topi merah symbol
‘i’, sila lah tanya. Kebanyakkan mereka memang ada dimana-mana tempat tumpuan
pelancong. Kalau boleh, cari yang tag di gantung tertera ‘English’ atau anda
boleh berbahasa Korea, persilakan… hehehe.
Enchek belok kiri, lepas tu belok kanan, lepas tu terusss.. kalu tak jumpa enchek cari kami semula.. kehkehkeh |
Kami
cari bangunan Oren dan bangunan Hijau. Berpandukan nama kedai yang kami dapat
dari forum, “e-lengdang” nama kedai. Heheh.. agak-agak boleh jumpa ke? Noooo..
hahaha.. tapi jangan bimbang dalam bangunan Oren di tingkat 2 tu, semuanya tempat
jual cenderamata. Pilih je yang mana. Yang penting duitnyaaaa.. ngaaaaaa..
Dari
tingkat 2 bangunan Oren boleh tembus ke tingkat 2 bangunan hijau. Ha! Ada apa
di tingkat 2 bangunan Hijau??!! Wooohoho.. syurga bagi peminat brooch. Kami
tuju ke gerai #206. Nak cari butang baju melayu? Ha! Di kedai #209. Silau bijik
mata. Bling kuasa 3. Semut tak de lah beli sakan untuk Semut. Kebanyakkannya to’laki Semut
yang beli, itu pun orang kirim. Hehehe.. Pilih je nak beso mana? Beso tapak
tangan pun ada. Malah ahjuma kat situ dah boleh cakap melayu. Mengambarkan betapa
ramainya rakyat Malaya yang pegi kedai dia.
“Gelang!
Gelang!” kata sorang ahjuma saat Semut lalu lorong kedai yang muat-muat untuk
sorang je lalu. Tambah dengan beg LowePro yang besar gedabak nih. Penuh jalan tu, ibarat gajah
lah.. jalan terus tak boleh toleh.
Berpeluh
jugak tengah belakang ni nak melepasi ruang sempit tu. Mujur slim-slim belaka..
kuikuikui… alhamdulillahhhh!
Senyum sampai ke telinga ahjuma kedai ni.. masyuk banyak wooo |
Apabila
tangan dah penuh dengan cenderamata dan brooch kiriman, apa lagi yang boleh
dibuat selain dari tahan teksi balikkkkk! Rakyat jelata tak sabar-sabar nak
lepak di GH. Sampai GH segar bugar semuanya, lepak main gasing!
Sebenarnya ada juga berhajat nak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain pada sebelah malam namun terlepas 'show' jadi tak ada tujuan la pergi kalau tak dapat tengok 'the water show'.
Water show- 12.00, 20.00, 21.00 (weekdays)
12.00, 17.00, 20.00, 2030, 21.00 (weekend)
Untuk apa? Hahaha.. bagi peminat tembak menembak slow shutter ini lah peluang nyer... ;P
Sebenarnya ada juga berhajat nak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain pada sebelah malam namun terlepas 'show' jadi tak ada tujuan la pergi kalau tak dapat tengok 'the water show'.
Water show- 12.00, 20.00, 21.00 (weekdays)
12.00, 17.00, 20.00, 2030, 21.00 (weekend)
Untuk apa? Hahaha.. bagi peminat tembak menembak slow shutter ini lah peluang nyer... ;P
Nota
kaki ;
Cara
untuk ke Namdaemun Market spesifiknya tempat jual Brooch.
-
Turun
di Hoehyeon station exit#5, Namdaemun Gate No 5. Tingkat 2 bangunan Hijau
(bersebelahan bangunan oren)
-
Nak
cari sudu pegi di Dongdaemun Market (stall tepi jalan)
Namdaemun dan Dongaemun buka office hour ye kengkawan.. jangan tertipu macam semut (bukan tertipu tapi salah faham.. hehehe)
Namdaemun dan Dongaemun buka office hour ye kengkawan.. jangan tertipu macam semut (bukan tertipu tapi salah faham.. hehehe)
thanks for the info..berguna sangat2 ..tq :)
ReplyDelete