*Peringatan-catatan ini dibuat untuk perkongsian pengalaman. Semut bukan 'single backpacker'.
Hari
ke 3 – Nami Island / Naminara Republic
Hari
ini (Isnin 28/5) merupakan cuti umum di Korea (Buddha Birthday). Kesilapan dibuat Semut,
arahan dari to’laki cari jalan yang MUDAH
ke Nami Island. Tapi Semut salah dengar, Semut cari jalan yang MURAH. Huhuhu… banyak perbezaan disitu.
Bermulalah
perjalanan ‘Murah’ kami awal pagi itu. Tentunya menaiki Subway!
Noksapyeong Station-Taereung
Station-Sangbong Station-Gapyeong Station-Teksi-Feri-Nami Island.
Perjalanan
Mudah yang Semut maksudkan adalah samaada menaiki Bas dari Tapgol Park terus ke
Jeti untuk ke Nami Island (hanya satu bas setiap hari iaitu 9.30pagi dan
bertolak dari Jeti ke Seoul pada 4 ptg)
Atau
menaiki train ITX dari Yongsan Station untuk ke Gapyeong Station-Teksi/public
bus-Ferry-Nami Island.
Kesemua
perjalanan ke Nami Island mengambil masa dalam kurang lebih 1 jam. Diantara
ketiga-tiga cara pengangkutan ke Nami, sudah tentu menaiki Subway adalah cara
paling MURAH! (mengambil kira kos untuk 7 orang)
Jadi,
kami menaiki subway! Untuk 30 minit pertama subway masih lengang, namun apabila
kami tukar ke lane Gapyeong untuk 50 minit seterusnya, subway penuh sesak!!!
Hari cuti, ramai rakyat Korea menuju ke Nami Island untuk bersantai. Huhuhuhu…
Di
dalam subway rakyat jelata Semut mula fenat! Mujur ada sekumpulan ahjuma dan
ahjusi yang baik hati menghulurkan tikar silver untuk anak-anak duduk dilantai subway dan
mereka sempat terlelap sambil duduk! Huhuhu.. (Semut dan to'laki berdiri sepanjang perjalanan)
*untuk pengetahuan.. sewaktu mencari Line Gapyeong di Stesen Taereung, kami agak keliru. Berdiri seketika bersama map ditangan. Seorang ahjuma datang bertanya dalam bahasa hangul. Semut tunjukkan Stesen Gapyeong padanya. Dia mendapatkan seorang cyclist (yang sedang berusaha mengangkat basikalnya menaiki tangga) untuk membantu kami. Peta didinding subway ditunjukkan.. Makkkk oiiiii tu dia.. Kami sedang berada di 6 lapisan bawah tanah. Line Gapyeong yang kami cari ada di atas permukaan bumi. Perghhhh!!!

Apabila
sampai di stesen Gapyeong, kami beratur untuk menaiki teksi ke Nami Wharf (jeti
ke Pulau Nami) diseberang jalan ada bas awam berwarna hijau juga untuk ke Nami
Wharf. Tambang 1000won seorang-jika anda ‘Single backpacker’, naik bas awam
adalah cari paling murah. Tambang teksi ke Nami Wharf untuk kami adalah
5000won.
Untuk
ke Nami Island anda perlu beli visa dan tambang feri dua hala berharga 8000won
untuk dewasa dan 4000won untuk kanak-kanak. Dan sekali lagi, MasyAllah! Ramainya
oranggggggg!
Sepanjang
Semut berada di Korea ni, ramai rakyat Malaya yang Semut jumpa. Malah yang
serumpun pun ada (S’pore & Indon berlainan bangsa). Kesemua mereka saling
bertegur sapa, paling kurang pun berbalas senyum. Namun ketika Semut dan
keluarga selesai membeli tiket dan menuju barisan untuk beratur, Semut nampak
sekumpulan Makcik berbaju kurung batik sedang beratur (tentulah dari Malaya!) maka
ketika selisih Semut seperti biasa memberi salam. Duh!!!! Hahahah… mereka
membuang pandangan kea rah lain! Salam Semut tidak dijawab!. Hohoho… Ha! Yang ni
memang kes terasing. Masih ada jugak manusia sebegini. Biarlah.. mereka takut
agaknya Semut nak menyelit menumpang barisan diaorang. Hahahha..
Menaiki
feri mengambil masa dalam 10 minit. Atau anda boleh pilih untuk ‘Zip-Wire’ dari
jeti terus ke Nami Island 38000won seorang. Huhuhu
Zip-wire . ada bran? |
Sekarang
musim penghujung Spring, pohon masih menghijau. Bunga sakura telah lama gugur.
Pada pendapat Semut, Nami Island sesuai untuk bersantai dan merehatkan minda.
Jika anda mahu kelainan, datang lah pada musim luruh atau musim sejuk!!!
Barulah dapat menjiwai ‘Winter Sonata'!!! Hahaha.. drama yang menaikkan nama Nami Island.
Kami
cuba mencari Halal food Café Yeonga Jiga
(Café Drama), namun hampa tidak berjumpa. Mujur kami bawa bekalan nasi goreng.
Yang kami jumpa adalah Musollah didalam Baplex di tingkat 2. Jadi jangan
bimbang tentang tempat solat di Nami Nara. Malah cafe khas untuk muslim juga ada di tingkat 1 (The Cafe Amuse), memandangkan pelancong yang beragama Islam semakin ramai ke sini.
Anda boleh berbasikal disini atau menaiki shuttle bus mengelilingi pulau. Kami memilih untuk berjalan kaki (dah tak jumpa kat mana tempat sewa basikal). Boleh dikata kan 'happening' juga (maklumlah cuti umum). Tetapi kami memilih untuk baring-baring di pangkin Open Cafe dibawah pohonan rendang bersebelahan Winter Stage swimming Pool.
Selesai lepak lepuk di Nami Island, kami bergerak untuk kembali ke Itaewon ketika jam menunjukkan waktu menghampiri 4 petang. MasyAllah! Untuk beratur balik pun kena beratur yang sangat panjang. Masih ada lagi manusia yang berduyun-duyun menaiki feri untuk ke Nami Island. Agak-agaknya pukul berapa mereka balik?
Sekali lagi cabaran ditempuhi ketika menaiki subway untuk ke Itaewon. Sehinggakan kami berehat seketika diatas tikar silver di Stesen Sangbong sebelum menukar 'line' subway untuk ke stesen Itaewon. Perjalanan 'Murah' yang dirancang oleh Semut. huhuhu
Hahaha.. tak dapat pergi masa winter.. gambar pun jadi lah.. huhu |
Angkat tinggi sket.. baru nampak macam tak ada orang.. ngeeee |
I wonder why? Rupanya inilah beskal yang digunapakai dalam cite Winter Sonata tu.. :P |
Musolla di tingkat 2 Baplex atas Cafe Amuse |
Ha! yang nie best! kita orang main cak-cak.. |
Nak naik beskal? |
Atau beskut? |
Nak balik pun ramai orang... punyaaa lah panjang beratur... huhuhuhu |
Selesai lepak lepuk di Nami Island, kami bergerak untuk kembali ke Itaewon ketika jam menunjukkan waktu menghampiri 4 petang. MasyAllah! Untuk beratur balik pun kena beratur yang sangat panjang. Masih ada lagi manusia yang berduyun-duyun menaiki feri untuk ke Nami Island. Agak-agaknya pukul berapa mereka balik?
Payah nak cari spot yg tak ada orang.. huhuhu |
Message yang mahu disampaikan = JANGAN BER'COUPLE' SEBELUM NIKAH NANTI DISUMPAH JADI TEMBAGA! |
This Ahjuma kan.. saja je tau.. penat Semut tunggu dia pergi, tak berganjak pun tapi bila Semut 'put down' kamera barulah dia berlalu. |
Sekali lagi cabaran ditempuhi ketika menaiki subway untuk ke Itaewon. Sehinggakan kami berehat seketika diatas tikar silver di Stesen Sangbong sebelum menukar 'line' subway untuk ke stesen Itaewon. Perjalanan 'Murah' yang dirancang oleh Semut. huhuhu
Habis
untuk hari ketiga seharian di Nami Island.
Kami
semua kepenatan, terutama rakyat yang paling muda. Yang ajaibnya diaorang ni,
apabila sampai saja di GH, terus segar bugar! Huhuhu...
Nota kaki :
Tiada apa yang menarik pun jika anda bukan atau tidak pernah melihat 'Winter Sonata' . Kebanyakkan tempat di Nami Island adalah kenangan tempat 'shooting' drama tersebut. Selebihnya tempat ini sesuai untuk dijadikan tempat bersantai menikmati keindahan pepohon yang ditanam sebaris pada kebanyakkan tempat. (pepohon inilah yang menjadi tarikan sebenarnya terutama ketika musim luruh dan musim salji). Ketika kami pergi cuaca sangat menyebelahi kami, tidak terlalu sejuk, tidak terlalu panas, tidak hujan, jadi apa lagi? Alhamdulillahhhhhhhhhhh syukur.

No comments:
Post a Comment