Assalammualaikum w.b.t
*Sebelum memulakan catatan hari ke 5, ingin Semut ucapkan jutaan terima kasih kepada semua 'Silent Reader' blog Semut. MasyAllah! Naik mendadak graf pembaca blog ini terutama entri Korea. Agak terkejut melihat pembaca yang bukan sahaja dari Malaya, malah dari United State, Indonesia, Saudi Arabia, Brazil, Germany, India dan South Korea sendiri. Hahah.. agak cuak disitu. Paham ke mereka bahasa Melayu (google translate kot). Huhu.. atau secara tak sengaja mereka terjumpa blog Semut. Apa-apa pun alasannya "THANKS TO ALL FOR STOPPING BY HERE"
Hari
ke 5 –EVERLAND!!
Apa
yang anda harapkan jika berjalan bersama kanak-kanak? Atau lebih tepat mereka harapkan dari anda? Shoping? NoOoOo.. for
them! Jadinya taman tema adalah tempat sesuai buat mereka.
|
Dua orang nie tenggelam dalam dunia derang sewaktu menaiki subway ke Gangnam Station, menjadi mangsa 'tembakan' seorang mamat korea. Banyak woo dia snap, Semut tak dapat nak tembak this mamat sebab dia duduk sebaris dengan Semut. Chaittt!! |
Selain
Everland ada lagi satu (errr bukan satu tapi lebih dari satu) yang menjadi
kebiasaan rakyat Malaya pergi, iaitu Lotte World. Tapi Semut mengikut arahan to’laki
untuk ke Everland walaupun kedudukannya diluar Seoul.
Ada
beberapa cara untuk ke Everland. Antaranya menaiki ‘Tour Bus’ dan tentulah kena
‘booked’ dulu.
Oleh
kerana kami tidak membuat apa-apa tempahan, maka kami pilih untuk menaiki bas
awam. Bas awam ni kami naik di Gangnam Station.
Naik
subway ke Gangnam Station, exit 10. Jalan dalam 50 meter akan jumpa ‘bus stop’
untuk bas berwarna merah. Naik bas Nombor 5002 ke Everland. Perjalanan
mengambil masa dalam 1 jam. Tambang untuk dewasa 2100won dan kanak-kanak
1400won. [Balik dari Eveland, naik bas nombor yang sama, tapi anda harus ingat
untuk berhenti di Gangnam Station –untuk lebih selamat sila duduk berhampiran
dengan pemandu bas]
Kami
sampai di Everland dalam pukul 10 30 pagi. Dari hentian bas awam, anda perlu
menaiki shuttle bas percuma ke Everland Resort. (Sepasang suami isteri Malaysian Chinese menawarkan tempat duduk kepada anak-anak Semut) Memandangkan hari ini bukan
hari minggu, kami adalah orang terawal datang ke Everland Resort. Masih
lengang.Yahooooo.... :P
|
Stesen Noksapyeong .. lengang |
|
Jalan laa.. dalam 50meter kot .. untuk naik Shuttle ke Everland Resort |
|
Yang belakang kaler pink tu lah Family from S'pore |
Tiket
masuk untuk ke Everland sila rujuk KTO (Korea Tourism). Semut ada ‘printout’
dari webpage Everland untuk dapat 10% diskaun. Berita baiknya, bukan setakat
10% diskaun kami dapat tapi 20% diskaun untuk harga tiket. Alhamdulillahhhhhhhh…
|
Mamat korea tu tengah tengok 'printout' untuk diskaun tiket. "20% Discount for you, not 10%". Alhamdulillahhhh... |
Antara
yang menarik.. untuk budak dan bapak budak. Heheheh… T- EXPRESS wooden roller
coster terpanjang?!! Huhuhu… semut tak naik. Hehehe.. iya la kan.. 3 rakyat
jelata semut tak lepas 140cm ketinggian minimum, jadi siapa nak jaga mereka
(hahaha.. alasan)
Alhamdulillah,
ketika ini ‘Rose Festival’. Tenggelam seketika berada di ‘Four season garden’.
Banyak sangat rides dan activities, kalau nak naik semua sekali
memang tak ter’cover’untuk sehari.
|
Masuk je pintu gerbang.. dah dihidangkan bunga mawar.. ajerrr.. beratus jugak la Semut tembak. Iye la kan.. nak petik tak boleh.. tembak je laaaaa... |
|
Ajer.. sana bunga sini bunga.. |
|
Kesian korang asyik tengok bunga je kan.. hehe.. selebihnya Semut letak kat Flickr aaaa.. :) klik Sini |
Anda
dinasihatkan untuk membawa bekalan sendiri. Kerana agak susah untuk mencari
makanan halal jika anda tidak tahu berbahasa korea seperti kami. “The Best part
is…” Musollah (prayer room) disediakan. Terletak disebelah Mystery Mansion.
Papan tanda ‘Prayer Room’ diletak sebelah dalam. Anda buka saja pintu yang
kelihatan buruk itu dan wallllaaaaaaaaa… disinilah tempat solat.Alhamdulillahhhh!
|
Pintu sebelah dalam Musollah |
|
Mystery Mansion (sebelah kanan (anda) ada pintu ke Musollah) - bukak jerrr.. jangan takut takut. :) |
Seharian
memperuntukkan masa melayan anak-anak (errrr umi dan walid anak juga ambil kesempatan jadi bebudak.. hehehe) di
Everland. Cuaca sepanjang kami berada di situ amat nyaman. Tiada matahari
terik, gerimis yang sangat halus hanya seketika. Alhamdulillah!
|
Lengang tak de orang.. tunggu la petang sikit.. dalam pukul 4.. yahhh... ramai bebudak (tiket masuk selepas 4 petang lagi murah) |
|
Tempat nie sesuai untuk bebudak kependekan 125cm ke bawah iyer.... banyak aktiviti dalam nih. |
|
Menatang ni posing lama bila nampak Semut hala senapang kat dia.. hehe saja je snap lambat2.. huhuhu.. (beliau atas kenderaan bergerak-Parade) |
|
Adoihhh.. chantek wooo.. "FOUR SEASON GARDEN" |
|
SubhanAllah! MasyAllah!!! |
|
Ambil 'FEEL'. hehehe... |
|
Eifel Tower kat Korea.. kuikuikui... |
Jam
menunjukkan 742pm ketika kami menaiki bas 5002 untuk ke Gangnam Station.
Mujur
ada Indian from Singapore yang memberitahu kami untuk turun diperhentian yang
sepatutnya. (seee....tatak sombong punya olang)
Sebelum
pulang ke Itaewon, kami ke Dongdaemun untuk ‘last minute shopping’ kiriman
orang iaitu kain sutera korea. Berpandukan maklumat bahawa Dongdaemun buka
sampai pagi, kami ke sana. Malangnya, kedai-kedai yang menjual kain semuanya
telah tutup yang buka hanyalah kedai baju siap dan gerai-gerai tepi jalan.
Sempat juga singgah di gerai tepi jalan untuk membeli potongan buah tembikai susu (buah gerbis). Sepotong 2000won!! Oh! Iye lupa di Itaewon ada seorang ahjusi yang menjual buah-buahan dengan kereta sorong (cart) kayu. Strawberrinya besar dan sedap. Sekotak 5000won. :)
Habis
hari ke-5 seharian di Eveland. Berbaloi habiskan sehari disana bersama anak-anak walaupun banyak lagi yang kami tak sempat teroka. Hehehe.
Nota
kaki-
Pergi seawal mungkin. Eveland tutup pukul 11pm tapi Semut tak pasti pengangkutan untuk balik habis pukul berapa. Huhuhu
Salam Ukhuwah
ReplyDeleteThanks for sharing this tips. Planned nak ke KOREA and EVERLAND next month..InshaALLAH...