DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Friday, August 31, 2012

Ketupat



Assalammualaikum w.b.t

Balik untuk menyambut raya di rumah bonda 2 tahun sekali (gilir dgn kampong to’laki), kali ni tak sempat nak tolong anyam ketupat sebab bonda telah lebih awal sehari anyam. Kami anak beranak hanya sempat tolong isi beras je dalam ketupat. Namun berpeluang jugak semut asah bakat pada daun lebih yang bonda khaskan untuk lepat. Anak-anak hanya sempat belajar ketatkan anyaman. Semut dulu belajar pun dengan ketatkan dulu anyaman. (Uitt! Ada la dua tiga kali champion anyam ketupat alaaa.. kat sekolah, Segamat dan kat Ohio jerrrrr..)

Agaknya bila la Semut boleh turunkan ilmu pada anak2? Daun kelapa susah nak cari. Sekarang orang pakai ketupat segera je.. Reben la kot. Sayang kan kalau seni menganyam ketupat semakin dilupakan.





Monday, August 27, 2012

Bunga Taik Ayam?



Assalammualaikum..
Bunga dari taman bonda. Kenapa dinama kan bunga tahi Ayam?!! Siapa agaknya yang menamakan bunga ini sebegitu… Alahai..

MaryGold (kedengaran lebih sopan bila diomputehkan)

Thursday, July 19, 2012

Oh Peh Lis!


Assalammualaikum w.b.t

Nak taip jugak la.. sesapa yang mem’blog’, punyai blog atau akan buat ‘blog’ atau pun web page… Peh-Lis laaa.. tolong jangan letak music sebelah tu. Menganggu la wehhhh.. Semut senang je.. asal ada outomatik music.. Semut larikkk..

1.      Sedang sedap-sedap blog walking. Vinggg vang voom.. terperanjat woooo.. walaupun lagu tu lagu slow.
2.      Kalau nak letak pun bagi la alternative untuk kita pilih on and off. Jangan la waat yang otomatik play.. aiiiii
3.      Agak tak sesyuai la nak membaca lepas tu diganggu lagu-lagu (iye laaa.. nak tunjuk yang hangpa minat kat penyanyi tu kot) ce bayangkan tengah baca berita cerita sedey.. background lagu lady gaga.. aiiii
4.      Lebih tak sesyuai kalau blog tu ada video/you tube untuk ditontoni.. Duh! Nak dengar yang mana? Double sound wooo kekadang boleh jam. Vinggggggg..!!
5.      Buka page satu lagu sama.. buka page dua lagu sama diulang balik.. bukak page 3 .. duhhh! Nanyi tak abis ulang balik part tu.. Wala weiiii..

Lain la kalau blog anda tu memang blog jual CD atau DVD. Errr tapi tengok Awakening tak dak pun otomatik main lagu.

Pedulik afe kan .. blog mengkome.. Tak de la.. tegur je.. Bulan Ramadhan esok lusa. Dari lagu biar la mengaji.. amacam?

Salam Ramadhan ..
Maaf kali ni tak de gambo!

Thursday, July 12, 2012

Henshin!


Assalammualaikum w.b.t


Percubaan pertama meng’edit’ menggunakan Lightroom… ;)



 Dan gambar asalnya......


Saya seorang pemegang DSLR, saya bukan seorang jurugambar.. :)

Monday, July 9, 2012

Award by Pixoto. (ke-3)


Assalammualaikum w.b.t.

Semut dapat ‘shield’ lagi… kali ini 2 serentak untuk hari bertarikh 8 Julai 2012. Dalam kategori Architecture & Design. 


Cerita tentang gambar.

Gambar ini diambil di Madain Saleh. Dinamakan Nabatien Tomb kerana ia merupakan kubur yang dibina oleh kaum Nabatien. Bongkah atau bukit batu di ukir sebegini dan didalamnya terdapat petak-petak yang ditebuk untuk memuatkan mayat-mayat. Semut masih terhidu bau mayat walaupun ia merupakan tinggalan berkurun lamanya. Satu perasaan seram menyapa diri kerana disini pernah berlakunya tanda kekuasaan Allah terhadap umatnya yang tidak beriman.

~Sesungguhnya pada kisah umat-umat terdahulu dan apa yang Allah turunkan kepada mereka berupa murka dan siksa Allah disebabkan berpalingnya mereka dari apa yang dibawa oleh para rasul, terdapat satu pelajaran dan nasihat.

Allah berfirman dalam kitab-Nya yang mulia
وَكَأَيِّن مِّن قَرْيَةٍ عَتَتْ عَنْ أَمْرِ رَبِّهَا وَرُسُلِهِ فَحَاسَبْنَاهَا حِسَابًا شَدِيدًا وَعَذَّبْنَاهَا عَذَابًا نُّكْرًا

” Dan berapa banyak (penduduk) negeri yang mendurhakai perintah Rabb mereka dan rasul-rasulNya, maka Kami hisab penduduk negeri itu dengan hisab yang keras, dan Kami adzab mereka dengan adzab yang mengerikan.” (Ath-Thalaq)~



Sunday, July 8, 2012

Instead of blaming, give them solution..


Assalammualaikum w.b.t

Saiful Nang – “criticizing technique without looking at the result is inappropriate. Judging the non-professional in pro point of view is inappropriate too because the reason u shoot and they shoot are not the same.

Respect each other.


Selalu terbaca, komen mereka yang dikategorikan cengkononnya ‘profesional’. Berkenaan ketidakpuasan hati dengan ‘penembak’ yang tidak se’profesional’ mereka mengendalikan kamera.

Contoh :        “sengal menghalakan flash ke langit untuk ambil gambar potret ditengah bendang!”-nasib la semut tak de external flash/speedlite atau apa-apa yg sewaktu dgnnya..

                        “Baru belajar pegang kamera dah berangan letak nama ‘Semut’s Photography’ (contoh laaaa)”- page semut 'click-click' tak de langsung perkataan photography.. kuikuikui

                 `      “Subjek depan mata tapi pakai lens tele??”- apa nak buat tak de prime lens.. kehkehkeh


--- dan banyak lagi.

Komen yang bawah tu- bagi semut sendiri memang tak ada lens lain selain telemacro dan wide angle. Dua tu je yang ada..

Semut sedar, semut bukan sesiapa didalam ‘lapangan penembak’ ini tapi Semut simpati dan juga tertanya-tanya. Kenapa perlu dijadikan isu? Kenapa perlu dikutuk? Kenapa perlu dipersalahkan? Adakah kerana anda seorang yang pakar, banyak menghadiri kursus foto,  banyak ‘outing’ maka melayakkan anda untuk bertindak sedemikian. Kesian.

Bagaimana pula dengan mereka yang lagi pro dari anda? Mereka, pada pendapat peribadi Semut lagi berhemah menegur. Mereka memberikan jalan penyelesaian setelah menegur. Sebagai contoh Ad Alhadi, Saiful Nang dan Eddie Putra (sekadar beberapa contoh). Memberikan nota-nota percuma untuk mereka yang tidak mampu menghadirkan diri ke kursus foto atau outing bersama.

“Ah! Ini lah manusia! Semuanya mahu disuap ke mulut secara percuma. Tidak mahu berusaha datang kursus! Malas punya orang.”

Bukan semua, letakkan mereka yang berkata itu disituasi yang mana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk pergi berkursus dan ‘outing’. Maka sumber yang ada hanyalah bahan bacaan, pak cik Gugle dan mak cik U tube. Praktikal hanya apabila kebetulan keluar ke tempat itu.

Teguran membina sepatutnya diberikan berserta dengan jalan penyelesaian.(boleh juga digunapakai dalam kehidupan seharian kita.) Bukan kah itu lebih bagus? Bimbing lah. Bukan Kutuk. Kepada mereka yang tidak mahu menerima bimbingan biarlah, sekurang-kurangnya anda yang PROFESSIONAL ini sudah bertindak sebagai seorang yang PROFESSIONAL!

Sekadar pendapat dari seorang yang tiada apa-apa. ‘Saya pemegang DSLR dan saya bukan seorang jurugambar’.  

Peace No War!

Saturday, June 23, 2012

'MATI KERAS KIPAS' ~ K-POP!


Assalammualaikum w.b.t



K-POP?!!! Alahai.. malu malu dan malu. Sedang anak-anak kita terkinja-kinja menyanjung dan menjadikan K-POP sebagai qiblat, mereka (Korean) pula berlumba-lumba mencari redha Nya. Apa kata anda bila melihat ini? 

Lihat ini ...K-POP TERBAEK!

http://youtu.be/qbtUXFtz5Dc

Sedang kita sibuk mencari-cari lirik lagu K-POP untuk dihafal, mereka pula sibuk menghafal ayat-ayat Nya. MasyAllah! TabarakAllah!

http://youtu.be/DSCHsBzNu48 

Dan nota khas untuk para 'MATI KERAS KIPAS ~ K-POP' (di copy paste dari FB) dari seorang rakyat KOREA.

Siapa dia Abd Ar Ra'oof Al Koree?? (Who is Abd Ar-Ra'oof Al Koree??)
 Baca kisah dia di sini (Read about him, here)
  http://islamkorea.net/xe/380 


K-Pop ! & Korean Drama ! Please Be Caerful ! الأغاني و الدراما الكورية ! أرجوكم كونوا حذرين !

by Abd Ar-Ra'oof Al-Koree on Monday, June 11, 2012 at 7:48pm ·
K-Pop ! & Korean Drama ! Please Be Caerful !

الأغاني و الدراما الكورية ! أرجوكم كونوا حذرين !

By your Brother Abd Ar-Ra'oof Al-Koree

بواسطة أخوكم عبد الرؤوف الكوري

English and Arabic


Assalamu `alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu,, brothers and sisters. really im worry so much... i must say this . i know already some people hate me because of Im saying dont listen K-pop it's haram.. why im saying this.. because if you watching Korean Drama and listen k-pop then you can be follow them.. today im sure it was not just words.. so many muslim girls and boys mix. in same room and going some where.. even so much far.. what happen. please fear Allah. Please listen. I love all brothers and sisters, because we are muslims. so please becareful.. listen me.. Korea is not free world. Allah watching you even any place. even in Korea angel will write everything what you doing. please brothers and sisters. dont do that.. dont mix men and women.. i saw many picture..... please fear Allah. if you hate me because of my saying it's no problem. cuz if you realized and comeback then i'm happy. but im nothing, as you know.. it's all (words) from prophet sallahu alayhi wa salam. so please dont hate our prophet sallahu alayhi wa salam.. i'm afraid that Allah hete us and jibril and all angel hate us.. so please.. beware.. Korea is not free world. this world is not all... all human have judgement day. and we have eternal afterlife. hell or heaven. even short time hell? oh brothers n sisters.. it's verry hard.. it's(fire) very painful...(it's burning..) i know you will hate me if I say why you dont wear hijab. why mix men and women in there. why you going out side together and enjoy. but i must fear Allah more than you. so im saying now. so please.. comeback to Allah before too late.. im revert muslim and i saw drama and listen music before more than you. i was did many mistake more than you. so i know how it's dangerous! so please.. may Allah forgive us and protect us from hell fire. may Allah forgive my sins.. may Allah guide us to the right way ameen....


******************************

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
أخوتي و أخواتي أنا حقا أشعر بالقلق و لكن لابد أن أذكر ذلك و أنا أعلم مسبقا بأن العديد من الناس يكرهونني بسبب قولي "لا تستمعوا إلى الأغاني الكورية إنها حرام " ...لماذا أقول ذلك ؟
لأنكم عندما تشاهدون الدراما الكورية و تستمعون للأغاني الكورية سوف تتبعونها..اليوم أنا أدرك أنها ليست فقط مجرد كلمات ...العديد من الفتيات و الفتيان المسلمين يختلطون في بعض الأماكن و يذهبون لاماكن بعيدة معا ماذا يحدث ؟ ..أرجوكم انتبهوا أنا أحب كل أخوتي و أخواتي لأننا مسلمين لذلك خذوا حذركم و استمعوا إلي...كوريا ليست عالم حر الله يراقبكم إينما كنتم حتى في كوريا سيسجل الملائكة كل ما تقومون به أرجوكم أخوتي و أخواتي لا تفعلوا ذلك لا يختلط الرجال مع النساء.

أنا شاهدت العديد من الصور أرجوكم اتقوا الله إذا كرهتموني بسبب ما أقوله فهذه ليست مشكلة لانكم إذا أدركتم قولي و انتبهتم سأكون سعيدا ، و لكنني لا شئ كما تعلمون انها كلها (كلمات) من الرسول عليه الصلاة و السلام أنا أخشى بأن الله لن يحبنا و كذلك جبريل و كل الملائكة لذلك انتبهوا كوريا ليست عالم حر و كذلك كل العالم و كل البشر سوف يحاسبون يوم القيامة و سنخلد في العالم الآخر إما في الجنة أو في جهنم و حتى و لو لوقت قصير في النار ؟ يا أخوتي و أخواتي هذا شئ صعب جدا إنها (النار) مؤلمة جدا إنها (تحرق) أنا أعلم بأنكم ستكرهونني عندما أقول لماذا لا ترتدون الحجاب ؟ لماذا يختلط الرجال و النساء ؟ لماذا تخرجون معا و تستمتعون ؟ و لكن يجب علي أن أخشى الله أكثر مما أخاف منكم و لهذا أقول ذلك

عودوا إلى الله قبل فوات الأوان أنا مسلم جديد و شاهدت الدراما و استمعت إلى الموسيقى أكثر منكم لذلك أدرك كم هو الأمر خطير ! لذلك أرجوكم انتبهوا.


 غفر الله لنا و رحمنا من نار جهنم غفر الله كل ذنوبي و ارشدنا للطريق الصحيح آمين

Peringatan untuk diriku jua... :)


Tuesday, June 19, 2012

Award from Pixoto! (ke 2)


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sekali lagi. Gambar ini.. menjadi pilihan Pixoto. Tak kisah lah tangga ke berapa… at least menghargai. Yang paling penting.. mengakui kehebatan ciptaan Allah!!



 Cerita disebalik gambar ini.... Bunga ini kecil daripada ibu jari besarnya. Ketika menunggu anak menyahut panggilan alam di Naminara Republic, semut berjalan-jalan berhampiran Winter Sonata Gallery. Seorang anak kecil sedang dipujuk oleh ibu dan ayahnya supaya bergaya disebuah pohon besar yang agak tua. 

Memerhatikan lagak si kecil sekali gus menyebabkan semut terpandang bunga di celah pohon tua itu. Kelebihan laras yang panjang ini, semut zoom kan dari jauh. Hasilnya... :)

Thursday, June 14, 2012

Kadang kala mata menipu kita!

Assalammualaikum w.b.t

"Sometime the eyes cannot tell the truth!" Lebih kurang begitu la ceritanya. Kata-kata yang sangat mendalam maksudnya. Anda pernah alami? Semut pasti anda pernah melaluinya. Jika ia berlaku, seeloknya jangan lah kita terus saja terima. Siasatlah dahulu.. -peringatan untuk dirikujua..

Contoh gambar ini sebagai renungan...

Kaca atau ais?
 Ais!! eh bukan.. Kaca! 


Kaca hiasan di luar sebuah kedai barangan kaca.
Renungan bersama... 

Tuesday, June 12, 2012

Award from Pixoto!


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillahhh! Perkataan pertama yang semestinya dan sepatutnya diucapkan. Mungkin bagi mereka yang dah biasa ini sesuatu yang tak mendatangkan apa-apa makna buat mereka. Hehehe.. izinkan Semut senyum sampai ke telinga…

Dua hari lepas, seperti biasa usai tugasan rumah Semut akan kongsikan sekeping gambar untuk semua. .
Maka pagi ini sekali lagi Semut ingin kongsikan keindahan ciptaan Allah.  (semalam Semut kurang sihat-Alhamdulillah-jadi tak tahu apa yang berlaku di Pixoto)

Apa yang memeranjatkan di ruang kanan ada lambang ‘Shield’, semut fikir “aik! Pixoto ada anti virus baru ke?” Hahahah.. Tengok? Betapa ketinggalan ketapi nya makcik sorang ni!



Semut gerakkan ‘cursor’ kearah ‘shield’ tersebut dengan tujuan untuk mendownload antivirus Pixoto. Huhuhu… (maafkan keterbutaan IT Semut)
Seketika kemudian baru perasan! AWARD! 

Untuk kepastian bahawa Semut tidak bermimpi.. Semut buka email. Soheh!

Bagi seorang Semut yang tidak pernah menghadirkan diri pada mana2 kelas atau outing berkenaan KuMIrA .. amat-amat menghargai benda-benda macam ni.. (elehhhhhh! itu pun nak bagi tau.. ) Huhuhu.. bukan riak! tapi nak bagi semangat kepada mereka yang seangkatan dengan Semut. Jangan putus harap.. teruskan menembak!
Adohai.. Alhamdulillah… 

The Story about the picture

Gambar ini diambil di Four Season Garden Everland, Korea. Satu taman yang akan diubah mengikut musim. Terlalu banyak bunga, membuatkan Semut tidak berasa masa berlalu begitu pantas. Mujur to'laki dan anak-anak sangat memahami minat umi mereka. :) . Dibatasi pagar setinggi lutut tidak menghalang Semut untuk menembak bunga-bunga ini. Menggunakan laras yang panjang, semuanya boleh di 'zoom'. Alhamdulillah! 

Sunday, June 10, 2012

Bila Semut ke Korea (Bahagian 6-Akhir)


Assalammualaikum w.b.t

*Terima kasih buat sesiapa sahaja yang sudi jengah blog Semut. Catatan perjalanan seorang ibu bersama suami dan 5 orang anak tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Hari ke 6 – Balik laa.. apa lagi.

Woah! Seawal 3 pagi Semut dah bangun. Semalam tidur hampir pukul 12 malam. Kepenatan punya pasal beg tak kemas lagi. Maka pagi itu baru nak kemas beg. Senang je sebab Semut  dan to’laki bukan kaki shoping. Ngeeeeee.. (hagak-hagak la kan.. dapat berjalan tengok Negara orang nie pun dah Syukurrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah yang teramatnya)

Flight kami pada pukul 1130pagi. Kelmarin to’laki Semut sudah pun menghubungi seorang ahjusi yang boleh berbahasa Melayu untuk menjemput kami ke airport dalam pukul 730pagi.  Ahjusi ini menyediakan van pengangkutan untuk pelancong.
The Ahjusi with his Starex

Sekali dia sampai, ha! Tu dia.. Starex ghopenye. Kami menaiki Starex kepunyaan ahjusi (yang pernah duduk di Indonesia dan Malaya selama 20 tahun) untuk ke airport. Bayaran yang dikenakan adalah 70,000won plus 10,000 won untuk bayaran tol. Okay la kan.. kalau tahu, hari tu masa datang boleh panggil dia. Masalahnya to’laki semut pun baru tahu. Huhuhu… Menurut ahjusi ni, kalau nak sewa dia dan kereta untuk round Seoul (8jam) dia ambil bayaran 250,000won. Ada minat?

Dalam perjalanan ke Incheon sempat la jugak tengok Floating Island, Banpo Bridge yang tak dapat  pegi dan 63 Building, Yeouido sekali lalu.. Hahah.. tengok je la.. nak pegi tak sempat.. Entah bila akan ke sini lagi. Setakat ni tiada sebarang perancangan. Mmm.. tapi mana tau Jeju pulak lepas ni. Kuikuikui…
Floating Island

63 Building

Tiada apa yang menarik untuk hari terakhir di Korea ni. Sedih ada lah. Hhhuhuhu.. 
The three stooges :)

Jadi seperti yang dijanjikan Semut senaraikan segala rujukan yang Semut guna untuk mengumpul maklumat tentang Kembara di Seoul. Terima kasih buat semua penyumbang infomasi.

1)CARI MALAY FORUM – All About Korea. Semut sangat rekemen web address ni. Sangat banyak infomasi yang boleh dicedok. Terima kasih banyak.  




5) Innes Inn
http://malaysianguesthouseinseoul.blogspot.com/2012/01/guesthouse-in-itaewon.html
Nak tengok ‘Street View’ Sila ke google Maps lepas tu taip “451-1 Itaewondong Yongsan gu, Seoul” Sebelah bangunan warna kuning.

6)Everland

7)Kepada sesiapa yang ada android sila download Metro Subway for Seoul Sangatttttttttttttttttttttttttttttttt Membantuuuuu.. 

8)maklumat tentang makanan halal di Korea

9)International Taxi dari Incheon ke Seoul

10) Teksi dari Guest House ke Incheon
Bapak Bae Dae Yoel (Rakyat korea yang boleh berbahasa Melayu)
Tel:  010 - 8008 5831

Harapnya membantu. 
 
Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa singgah disini. Semut harap catatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran untuk anda bagaimana berjalan dengan kanak-kanak (5orang).

Tidak terlintas di hati semut untuk melarang anda menggunakan perkhidmatan Tourist Guide. Semut hanya memberikan pilihan jika anda ingin bergerak sendiri. Terpulang.

Syukur Alhamdulillahhhhhhhh…