DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Sunday, July 8, 2012

Instead of blaming, give them solution..


Assalammualaikum w.b.t

Saiful Nang – “criticizing technique without looking at the result is inappropriate. Judging the non-professional in pro point of view is inappropriate too because the reason u shoot and they shoot are not the same.

Respect each other.


Selalu terbaca, komen mereka yang dikategorikan cengkononnya ‘profesional’. Berkenaan ketidakpuasan hati dengan ‘penembak’ yang tidak se’profesional’ mereka mengendalikan kamera.

Contoh :        “sengal menghalakan flash ke langit untuk ambil gambar potret ditengah bendang!”-nasib la semut tak de external flash/speedlite atau apa-apa yg sewaktu dgnnya..

                        “Baru belajar pegang kamera dah berangan letak nama ‘Semut’s Photography’ (contoh laaaa)”- page semut 'click-click' tak de langsung perkataan photography.. kuikuikui

                 `      “Subjek depan mata tapi pakai lens tele??”- apa nak buat tak de prime lens.. kehkehkeh


--- dan banyak lagi.

Komen yang bawah tu- bagi semut sendiri memang tak ada lens lain selain telemacro dan wide angle. Dua tu je yang ada..

Semut sedar, semut bukan sesiapa didalam ‘lapangan penembak’ ini tapi Semut simpati dan juga tertanya-tanya. Kenapa perlu dijadikan isu? Kenapa perlu dikutuk? Kenapa perlu dipersalahkan? Adakah kerana anda seorang yang pakar, banyak menghadiri kursus foto,  banyak ‘outing’ maka melayakkan anda untuk bertindak sedemikian. Kesian.

Bagaimana pula dengan mereka yang lagi pro dari anda? Mereka, pada pendapat peribadi Semut lagi berhemah menegur. Mereka memberikan jalan penyelesaian setelah menegur. Sebagai contoh Ad Alhadi, Saiful Nang dan Eddie Putra (sekadar beberapa contoh). Memberikan nota-nota percuma untuk mereka yang tidak mampu menghadirkan diri ke kursus foto atau outing bersama.

“Ah! Ini lah manusia! Semuanya mahu disuap ke mulut secara percuma. Tidak mahu berusaha datang kursus! Malas punya orang.”

Bukan semua, letakkan mereka yang berkata itu disituasi yang mana masa dan keadaan yang tidak mengizinkan untuk pergi berkursus dan ‘outing’. Maka sumber yang ada hanyalah bahan bacaan, pak cik Gugle dan mak cik U tube. Praktikal hanya apabila kebetulan keluar ke tempat itu.

Teguran membina sepatutnya diberikan berserta dengan jalan penyelesaian.(boleh juga digunapakai dalam kehidupan seharian kita.) Bukan kah itu lebih bagus? Bimbing lah. Bukan Kutuk. Kepada mereka yang tidak mahu menerima bimbingan biarlah, sekurang-kurangnya anda yang PROFESSIONAL ini sudah bertindak sebagai seorang yang PROFESSIONAL!

Sekadar pendapat dari seorang yang tiada apa-apa. ‘Saya pemegang DSLR dan saya bukan seorang jurugambar’.  

Peace No War!

No comments:

Post a Comment