DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Thursday, December 22, 2011

Dari abaya ke lensa...

Apa ni?

Lama dah ku diam. Maaf buat peminat abaya, buat masa ini daku angkat hanger (err boleh ke macam tu?) Dahulu dikenali sebagai "ABAYA JEDDAH-Bukan sekadar menjual abaya", kini daku beralih arah 'menembak'. Namun entri lama tidak didelete untuk rujukan kepada peminat abaya. Melihat ciptaan Allah lalu disimpan dikotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami? Berbekalkan kamera setiap yang ada disekeliling terasa begitu berharga dan indah.
  Jadi inilah entri 'come back' dari ku.


Selalunya kita buat tak peduli tentang alam sekeliling kita. Setiap kali melangkah keluar rumah, yang difikirkan adalah destinasi atau tujuan melangkah keluar dari pintu rumah. Ada tak kita melihat ke langit sebentar memerhati corak awan hari ini? Jenis awan hari  ini? Kumulus Nimbus? Cirrus? Stratus? MasyAllah.. adakalanya daku termenung seketika sebelum tangan menyidai baju diampaian. Cantiknyaaa... Adakalanya kosong tiada sebarang awan. Pernah tikanya daku terlihat 'formation' awan berbentuk kalimah Allah. Berlari kedalam rumah mengambil kamera enpon. Namun saat lensa ditala kearah awan, satu huruf telah kehilangan.  


Bermula dengan kamera enpon, daku amat bersyukur dan terimakasih pada zauji yang menaja sepenuhnya 'senapang dan laras' ini. Membuatkan daku lebih 'alert' (iye ke?) dengan keindahan alam kurniaan Allah. Daku bukan profesional tetapi cuba untuk menjadi seperti itu. Inginku kongsikan bersama apa yang kulihat menerusi lensa ini. Terimalah seadanya, andai ada yang sudi memberikan kritikan. Persilakan. agar dapatku baiki hasil 'tembakkan'ku di masa akan datang.


Lihat gambar di atas jika tidak kerana buku yang ada menerangkan, daku pun tak tau. Malah tak pandang pun apakah ia. Mungkin sebahagian dari puing-puing tinggalan zaman khalifah.



MasyAllah! Rupanya ia adalah jam! Berpandukan matahari dan bayangan binaan ini menentukan musim untuk mereka bercucuk tanam dan aktiviti lain. Maaf daku tak berapa ingat.

Lokasi : Musa bin Nosair Castle, Al Ula

No comments:

Post a Comment