DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Saturday, June 23, 2012

'MATI KERAS KIPAS' ~ K-POP!


Assalammualaikum w.b.t



K-POP?!!! Alahai.. malu malu dan malu. Sedang anak-anak kita terkinja-kinja menyanjung dan menjadikan K-POP sebagai qiblat, mereka (Korean) pula berlumba-lumba mencari redha Nya. Apa kata anda bila melihat ini? 

Lihat ini ...K-POP TERBAEK!

http://youtu.be/qbtUXFtz5Dc

Sedang kita sibuk mencari-cari lirik lagu K-POP untuk dihafal, mereka pula sibuk menghafal ayat-ayat Nya. MasyAllah! TabarakAllah!

http://youtu.be/DSCHsBzNu48 

Dan nota khas untuk para 'MATI KERAS KIPAS ~ K-POP' (di copy paste dari FB) dari seorang rakyat KOREA.

Siapa dia Abd Ar Ra'oof Al Koree?? (Who is Abd Ar-Ra'oof Al Koree??)
 Baca kisah dia di sini (Read about him, here)
  http://islamkorea.net/xe/380 


K-Pop ! & Korean Drama ! Please Be Caerful ! الأغاني و الدراما الكورية ! أرجوكم كونوا حذرين !

by Abd Ar-Ra'oof Al-Koree on Monday, June 11, 2012 at 7:48pm ·
K-Pop ! & Korean Drama ! Please Be Caerful !

الأغاني و الدراما الكورية ! أرجوكم كونوا حذرين !

By your Brother Abd Ar-Ra'oof Al-Koree

بواسطة أخوكم عبد الرؤوف الكوري

English and Arabic


Assalamu `alaykum wa rahmatullahi wa barakatuhu,, brothers and sisters. really im worry so much... i must say this . i know already some people hate me because of Im saying dont listen K-pop it's haram.. why im saying this.. because if you watching Korean Drama and listen k-pop then you can be follow them.. today im sure it was not just words.. so many muslim girls and boys mix. in same room and going some where.. even so much far.. what happen. please fear Allah. Please listen. I love all brothers and sisters, because we are muslims. so please becareful.. listen me.. Korea is not free world. Allah watching you even any place. even in Korea angel will write everything what you doing. please brothers and sisters. dont do that.. dont mix men and women.. i saw many picture..... please fear Allah. if you hate me because of my saying it's no problem. cuz if you realized and comeback then i'm happy. but im nothing, as you know.. it's all (words) from prophet sallahu alayhi wa salam. so please dont hate our prophet sallahu alayhi wa salam.. i'm afraid that Allah hete us and jibril and all angel hate us.. so please.. beware.. Korea is not free world. this world is not all... all human have judgement day. and we have eternal afterlife. hell or heaven. even short time hell? oh brothers n sisters.. it's verry hard.. it's(fire) very painful...(it's burning..) i know you will hate me if I say why you dont wear hijab. why mix men and women in there. why you going out side together and enjoy. but i must fear Allah more than you. so im saying now. so please.. comeback to Allah before too late.. im revert muslim and i saw drama and listen music before more than you. i was did many mistake more than you. so i know how it's dangerous! so please.. may Allah forgive us and protect us from hell fire. may Allah forgive my sins.. may Allah guide us to the right way ameen....


******************************

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
أخوتي و أخواتي أنا حقا أشعر بالقلق و لكن لابد أن أذكر ذلك و أنا أعلم مسبقا بأن العديد من الناس يكرهونني بسبب قولي "لا تستمعوا إلى الأغاني الكورية إنها حرام " ...لماذا أقول ذلك ؟
لأنكم عندما تشاهدون الدراما الكورية و تستمعون للأغاني الكورية سوف تتبعونها..اليوم أنا أدرك أنها ليست فقط مجرد كلمات ...العديد من الفتيات و الفتيان المسلمين يختلطون في بعض الأماكن و يذهبون لاماكن بعيدة معا ماذا يحدث ؟ ..أرجوكم انتبهوا أنا أحب كل أخوتي و أخواتي لأننا مسلمين لذلك خذوا حذركم و استمعوا إلي...كوريا ليست عالم حر الله يراقبكم إينما كنتم حتى في كوريا سيسجل الملائكة كل ما تقومون به أرجوكم أخوتي و أخواتي لا تفعلوا ذلك لا يختلط الرجال مع النساء.

أنا شاهدت العديد من الصور أرجوكم اتقوا الله إذا كرهتموني بسبب ما أقوله فهذه ليست مشكلة لانكم إذا أدركتم قولي و انتبهتم سأكون سعيدا ، و لكنني لا شئ كما تعلمون انها كلها (كلمات) من الرسول عليه الصلاة و السلام أنا أخشى بأن الله لن يحبنا و كذلك جبريل و كل الملائكة لذلك انتبهوا كوريا ليست عالم حر و كذلك كل العالم و كل البشر سوف يحاسبون يوم القيامة و سنخلد في العالم الآخر إما في الجنة أو في جهنم و حتى و لو لوقت قصير في النار ؟ يا أخوتي و أخواتي هذا شئ صعب جدا إنها (النار) مؤلمة جدا إنها (تحرق) أنا أعلم بأنكم ستكرهونني عندما أقول لماذا لا ترتدون الحجاب ؟ لماذا يختلط الرجال و النساء ؟ لماذا تخرجون معا و تستمتعون ؟ و لكن يجب علي أن أخشى الله أكثر مما أخاف منكم و لهذا أقول ذلك

عودوا إلى الله قبل فوات الأوان أنا مسلم جديد و شاهدت الدراما و استمعت إلى الموسيقى أكثر منكم لذلك أدرك كم هو الأمر خطير ! لذلك أرجوكم انتبهوا.


 غفر الله لنا و رحمنا من نار جهنم غفر الله كل ذنوبي و ارشدنا للطريق الصحيح آمين

Peringatan untuk diriku jua... :)


Tuesday, June 19, 2012

Award from Pixoto! (ke 2)


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah.. sekali lagi. Gambar ini.. menjadi pilihan Pixoto. Tak kisah lah tangga ke berapa… at least menghargai. Yang paling penting.. mengakui kehebatan ciptaan Allah!!



 Cerita disebalik gambar ini.... Bunga ini kecil daripada ibu jari besarnya. Ketika menunggu anak menyahut panggilan alam di Naminara Republic, semut berjalan-jalan berhampiran Winter Sonata Gallery. Seorang anak kecil sedang dipujuk oleh ibu dan ayahnya supaya bergaya disebuah pohon besar yang agak tua. 

Memerhatikan lagak si kecil sekali gus menyebabkan semut terpandang bunga di celah pohon tua itu. Kelebihan laras yang panjang ini, semut zoom kan dari jauh. Hasilnya... :)

Thursday, June 14, 2012

Kadang kala mata menipu kita!

Assalammualaikum w.b.t

"Sometime the eyes cannot tell the truth!" Lebih kurang begitu la ceritanya. Kata-kata yang sangat mendalam maksudnya. Anda pernah alami? Semut pasti anda pernah melaluinya. Jika ia berlaku, seeloknya jangan lah kita terus saja terima. Siasatlah dahulu.. -peringatan untuk dirikujua..

Contoh gambar ini sebagai renungan...

Kaca atau ais?
 Ais!! eh bukan.. Kaca! 


Kaca hiasan di luar sebuah kedai barangan kaca.
Renungan bersama... 

Tuesday, June 12, 2012

Award from Pixoto!


Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillahhh! Perkataan pertama yang semestinya dan sepatutnya diucapkan. Mungkin bagi mereka yang dah biasa ini sesuatu yang tak mendatangkan apa-apa makna buat mereka. Hehehe.. izinkan Semut senyum sampai ke telinga…

Dua hari lepas, seperti biasa usai tugasan rumah Semut akan kongsikan sekeping gambar untuk semua. .
Maka pagi ini sekali lagi Semut ingin kongsikan keindahan ciptaan Allah.  (semalam Semut kurang sihat-Alhamdulillah-jadi tak tahu apa yang berlaku di Pixoto)

Apa yang memeranjatkan di ruang kanan ada lambang ‘Shield’, semut fikir “aik! Pixoto ada anti virus baru ke?” Hahahah.. Tengok? Betapa ketinggalan ketapi nya makcik sorang ni!



Semut gerakkan ‘cursor’ kearah ‘shield’ tersebut dengan tujuan untuk mendownload antivirus Pixoto. Huhuhu… (maafkan keterbutaan IT Semut)
Seketika kemudian baru perasan! AWARD! 

Untuk kepastian bahawa Semut tidak bermimpi.. Semut buka email. Soheh!

Bagi seorang Semut yang tidak pernah menghadirkan diri pada mana2 kelas atau outing berkenaan KuMIrA .. amat-amat menghargai benda-benda macam ni.. (elehhhhhh! itu pun nak bagi tau.. ) Huhuhu.. bukan riak! tapi nak bagi semangat kepada mereka yang seangkatan dengan Semut. Jangan putus harap.. teruskan menembak!
Adohai.. Alhamdulillah… 

The Story about the picture

Gambar ini diambil di Four Season Garden Everland, Korea. Satu taman yang akan diubah mengikut musim. Terlalu banyak bunga, membuatkan Semut tidak berasa masa berlalu begitu pantas. Mujur to'laki dan anak-anak sangat memahami minat umi mereka. :) . Dibatasi pagar setinggi lutut tidak menghalang Semut untuk menembak bunga-bunga ini. Menggunakan laras yang panjang, semuanya boleh di 'zoom'. Alhamdulillah! 

Sunday, June 10, 2012

Bila Semut ke Korea (Bahagian 6-Akhir)


Assalammualaikum w.b.t

*Terima kasih buat sesiapa sahaja yang sudi jengah blog Semut. Catatan perjalanan seorang ibu bersama suami dan 5 orang anak tanpa menggunakan khidmat pemandu pelancong. Segala kekurangan harap dimaafkan.

Hari ke 6 – Balik laa.. apa lagi.

Woah! Seawal 3 pagi Semut dah bangun. Semalam tidur hampir pukul 12 malam. Kepenatan punya pasal beg tak kemas lagi. Maka pagi itu baru nak kemas beg. Senang je sebab Semut  dan to’laki bukan kaki shoping. Ngeeeeee.. (hagak-hagak la kan.. dapat berjalan tengok Negara orang nie pun dah Syukurrrrrrrrrrrrrrrr Alhamdulillah yang teramatnya)

Flight kami pada pukul 1130pagi. Kelmarin to’laki Semut sudah pun menghubungi seorang ahjusi yang boleh berbahasa Melayu untuk menjemput kami ke airport dalam pukul 730pagi.  Ahjusi ini menyediakan van pengangkutan untuk pelancong.
The Ahjusi with his Starex

Sekali dia sampai, ha! Tu dia.. Starex ghopenye. Kami menaiki Starex kepunyaan ahjusi (yang pernah duduk di Indonesia dan Malaya selama 20 tahun) untuk ke airport. Bayaran yang dikenakan adalah 70,000won plus 10,000 won untuk bayaran tol. Okay la kan.. kalau tahu, hari tu masa datang boleh panggil dia. Masalahnya to’laki semut pun baru tahu. Huhuhu… Menurut ahjusi ni, kalau nak sewa dia dan kereta untuk round Seoul (8jam) dia ambil bayaran 250,000won. Ada minat?

Dalam perjalanan ke Incheon sempat la jugak tengok Floating Island, Banpo Bridge yang tak dapat  pegi dan 63 Building, Yeouido sekali lalu.. Hahah.. tengok je la.. nak pegi tak sempat.. Entah bila akan ke sini lagi. Setakat ni tiada sebarang perancangan. Mmm.. tapi mana tau Jeju pulak lepas ni. Kuikuikui…
Floating Island

63 Building

Tiada apa yang menarik untuk hari terakhir di Korea ni. Sedih ada lah. Hhhuhuhu.. 
The three stooges :)

Jadi seperti yang dijanjikan Semut senaraikan segala rujukan yang Semut guna untuk mengumpul maklumat tentang Kembara di Seoul. Terima kasih buat semua penyumbang infomasi.

1)CARI MALAY FORUM – All About Korea. Semut sangat rekemen web address ni. Sangat banyak infomasi yang boleh dicedok. Terima kasih banyak.  




5) Innes Inn
http://malaysianguesthouseinseoul.blogspot.com/2012/01/guesthouse-in-itaewon.html
Nak tengok ‘Street View’ Sila ke google Maps lepas tu taip “451-1 Itaewondong Yongsan gu, Seoul” Sebelah bangunan warna kuning.

6)Everland

7)Kepada sesiapa yang ada android sila download Metro Subway for Seoul Sangatttttttttttttttttttttttttttttttt Membantuuuuu.. 

8)maklumat tentang makanan halal di Korea

9)International Taxi dari Incheon ke Seoul

10) Teksi dari Guest House ke Incheon
Bapak Bae Dae Yoel (Rakyat korea yang boleh berbahasa Melayu)
Tel:  010 - 8008 5831

Harapnya membantu. 
 
Terima kasih sekali lagi kerana sudi meluangkan masa singgah disini. Semut harap catatan ini sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran untuk anda bagaimana berjalan dengan kanak-kanak (5orang).

Tidak terlintas di hati semut untuk melarang anda menggunakan perkhidmatan Tourist Guide. Semut hanya memberikan pilihan jika anda ingin bergerak sendiri. Terpulang.

Syukur Alhamdulillahhhhhhhh…

Thursday, June 7, 2012

Bila Semut ke Korea! (Bahagian 5)


Assalammualaikum w.b.t

*Sebelum memulakan catatan hari ke 5, ingin Semut ucapkan jutaan terima kasih kepada semua 'Silent Reader' blog Semut. MasyAllah! Naik mendadak graf pembaca blog ini terutama entri Korea. Agak terkejut melihat pembaca yang bukan sahaja dari Malaya, malah dari United State, Indonesia, Saudi Arabia, Brazil, Germany, India dan South Korea sendiri. Hahah.. agak cuak disitu. Paham ke mereka bahasa Melayu (google translate kot). Huhu.. atau secara tak sengaja mereka terjumpa blog Semut.  Apa-apa pun alasannya "THANKS TO ALL FOR STOPPING BY HERE"

Hari ke 5 –EVERLAND!!

Apa yang anda harapkan jika berjalan bersama kanak-kanak? Atau lebih tepat mereka harapkan dari anda? Shoping? NoOoOo.. for them! Jadinya taman tema adalah tempat sesuai buat mereka.
Dua orang nie tenggelam dalam dunia derang sewaktu menaiki subway ke Gangnam Station, menjadi mangsa 'tembakan' seorang mamat korea. Banyak woo dia snap, Semut tak dapat nak tembak this mamat sebab dia duduk sebaris dengan Semut. Chaittt!!
 Selain Everland ada lagi satu (errr bukan satu tapi lebih dari satu) yang menjadi kebiasaan rakyat Malaya pergi, iaitu Lotte World. Tapi Semut mengikut arahan to’laki untuk ke Everland walaupun kedudukannya diluar Seoul.

Ada beberapa cara untuk ke Everland. Antaranya menaiki ‘Tour Bus’ dan tentulah kena ‘booked’ dulu.

Oleh kerana kami tidak membuat apa-apa tempahan, maka kami pilih untuk menaiki bas awam. Bas awam ni kami naik di Gangnam Station.

Naik subway ke Gangnam Station, exit 10. Jalan dalam 50 meter akan jumpa ‘bus stop’ untuk bas berwarna merah. Naik bas Nombor 5002 ke Everland. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam. Tambang untuk dewasa 2100won dan kanak-kanak 1400won. [Balik dari Eveland, naik bas nombor yang sama, tapi anda harus ingat untuk berhenti di Gangnam Station –untuk lebih selamat sila duduk berhampiran dengan pemandu bas]

Kami sampai di Everland dalam pukul 10 30 pagi. Dari hentian bas awam, anda perlu menaiki shuttle bas percuma ke Everland Resort. (Sepasang suami isteri Malaysian Chinese menawarkan tempat duduk kepada anak-anak Semut) Memandangkan hari ini bukan hari minggu, kami adalah orang terawal datang ke Everland Resort. Masih lengang.Yahooooo.... :P
Stesen Noksapyeong .. lengang

Jalan laa.. dalam 50meter kot .. untuk naik Shuttle ke Everland Resort

Yang belakang kaler pink tu lah Family from S'pore

Tiket masuk untuk ke Everland sila rujuk KTO (Korea Tourism). Semut ada ‘printout’ dari webpage Everland untuk dapat 10% diskaun. Berita baiknya, bukan setakat 10% diskaun kami dapat tapi 20% diskaun untuk harga tiket. Alhamdulillahhhhhhhh…
Mamat korea tu tengah tengok 'printout' untuk diskaun tiket. "20% Discount for you, not 10%". Alhamdulillahhhh...
Antara yang menarik.. untuk budak dan bapak budak. Heheheh… T- EXPRESS wooden roller coster terpanjang?!! Huhuhu… semut tak naik. Hehehe.. iya la kan.. 3 rakyat jelata semut tak lepas 140cm ketinggian minimum, jadi siapa nak jaga mereka (hahaha.. alasan)
Menuju T-Express. Ada brani?
Tiga orang budak yang kependekan tak dapat naik T-Express

Kayu

Semestinya kayu!!!

Alhamdulillah, ketika ini ‘Rose Festival’. Tenggelam seketika berada di ‘Four season garden’. Banyak sangat rides dan activities, kalau nak naik semua sekali memang tak ter’cover’untuk sehari.
Masuk je pintu gerbang.. dah dihidangkan bunga mawar.. ajerrr.. beratus jugak la Semut tembak. Iye la kan.. nak petik tak boleh.. tembak je laaaaa...
Ajer.. sana bunga sini bunga..

Kesian korang asyik tengok bunga je kan.. hehe.. selebihnya Semut letak kat Flickr aaaa.. :) klik Sini
Anda dinasihatkan untuk membawa bekalan sendiri. Kerana agak susah untuk mencari makanan halal jika anda tidak tahu berbahasa korea seperti kami. “The Best part is…” Musollah (prayer room) disediakan. Terletak disebelah Mystery Mansion. Papan tanda ‘Prayer Room’ diletak sebelah dalam. Anda buka saja pintu yang kelihatan buruk itu dan wallllaaaaaaaaa… disinilah tempat solat.Alhamdulillahhhh!
Pintu sebelah dalam Musollah

Mystery Mansion (sebelah kanan (anda) ada pintu ke Musollah) - bukak jerrr.. jangan takut takut. :)
 Seharian memperuntukkan masa melayan anak-anak (errrr umi dan walid anak juga ambil kesempatan jadi bebudak.. hehehe) di Everland. Cuaca sepanjang kami berada di situ amat nyaman. Tiada matahari terik, gerimis yang sangat halus hanya seketika. Alhamdulillah! 

Lengang tak de orang.. tunggu la petang sikit.. dalam pukul 4.. yahhh... ramai bebudak (tiket masuk selepas 4 petang lagi murah)

Tempat nie sesuai untuk bebudak kependekan 125cm ke bawah iyer.... banyak aktiviti dalam nih.
Menatang ni posing lama bila nampak Semut hala senapang kat dia.. hehe saja je snap lambat2.. huhuhu.. (beliau atas kenderaan bergerak-Parade)

Adoihhh.. chantek wooo.. "FOUR SEASON GARDEN"
SubhanAllah! MasyAllah!!!
Ambil 'FEEL'. hehehe...
Eifel Tower kat Korea.. kuikuikui...
 
Jam menunjukkan 742pm ketika kami menaiki bas 5002 untuk ke Gangnam Station. 

Mujur ada Indian from Singapore yang memberitahu kami untuk turun diperhentian yang sepatutnya. (seee....tatak sombong punya olang)

Sebelum pulang ke Itaewon, kami ke Dongdaemun untuk ‘last minute shopping’ kiriman orang iaitu kain sutera korea. Berpandukan maklumat bahawa Dongdaemun buka sampai pagi, kami ke sana. Malangnya, kedai-kedai yang menjual kain semuanya telah tutup yang buka hanyalah kedai baju siap dan gerai-gerai tepi jalan. 

Sempat juga singgah di gerai tepi jalan untuk membeli potongan buah tembikai susu (buah gerbis). Sepotong 2000won!! Oh! Iye lupa di Itaewon ada seorang ahjusi yang menjual buah-buahan dengan kereta sorong (cart) kayu. Strawberrinya besar dan sedap. Sekotak 5000won. :)

Habis hari ke-5 seharian di Eveland. Berbaloi habiskan sehari disana bersama anak-anak walaupun banyak lagi yang kami tak sempat teroka. Hehehe.

Nota kaki-
Pergi seawal mungkin. Eveland tutup pukul 11pm tapi Semut tak pasti pengangkutan untuk balik habis pukul berapa. Huhuhu

Wednesday, June 6, 2012

Bila Semut ke Korea! (Bahagian 4)


Assalammualaikum w.b.t



Peringatan-catatan ini juga bertujuan untuk anda menilai sama ada mudah bergerak sendiri (bersama anak kecil) atau lebih selesa menggunakan 'Tourist Guide'. Anda tentukan... 


Hari ke 4 Myeongdong-Namdaemun Market

Memandangkan kami semua kepenatan, hari ini kami keluar agak lewat. Tujuan hari ini untuk mencari barang-barang yang dikirim.

Tiket subway single journey untuk ke Myeongdong (beli ketika hari pertama belajar dari mesin di subway) kami gunakan.

Apa ada di Myeongdong? Macam Bukit Bintang lahh… hahaha.. Bukit Bintang pun Semut tak pernah pergi.. huhuhu.. Banyak kedai-kedai untuk facial product. Huhuhu.. serius Semut tak minat. Tak tau nak cari apa. Jadi kami mencari jalan menuju ke Namdaemun Market. Ya! Jalan kaki berpandukan map!!!

Nature Republic, seperti pernah ku dengar.. tapi di mana yah!

Tong sampah susah nak jumpa tapi sampah tak ada di jalanan... mmmm


Myeongdong Theater.
Agak-agak sesat, kalau nampak minah atau mamat yang pakai baju merah dan topi merah symbol ‘i’, sila lah tanya. Kebanyakkan mereka memang ada dimana-mana tempat tumpuan pelancong. Kalau boleh, cari yang tag di gantung tertera ‘English’ atau anda boleh berbahasa Korea, persilakan… hehehe.
Enchek belok kiri, lepas tu belok kanan, lepas tu terusss.. kalu tak jumpa enchek cari kami semula.. kehkehkeh
Kami cari bangunan Oren dan bangunan Hijau. Berpandukan nama kedai yang kami dapat dari forum, “e-lengdang” nama kedai. Heheh.. agak-agak boleh jumpa ke? Noooo.. hahaha.. tapi jangan bimbang dalam bangunan Oren di tingkat 2 tu, semuanya tempat jual cenderamata. Pilih je yang mana. Yang penting duitnyaaaa.. ngaaaaaa..
Dari bangunan hijau kami ke bangunan oren-sori aa tak snap gambar bangunan hijau tu.. silau! huhuhu

Dari tingkat 2 bangunan Oren boleh tembus ke tingkat 2 bangunan hijau. Ha! Ada apa di tingkat 2 bangunan Hijau??!! Wooohoho.. syurga bagi peminat brooch. Kami tuju ke gerai #206. Nak cari butang baju melayu? Ha! Di kedai #209. Silau bijik mata. Bling kuasa 3. Semut tak de lah beli sakan untuk Semut. Kebanyakkannya to’laki Semut yang beli, itu pun orang kirim. Hehehe.. Pilih je nak beso mana? Beso tapak tangan pun ada. Malah ahjuma kat situ dah boleh cakap melayu. Mengambarkan betapa ramainya rakyat Malaya yang pegi kedai dia.

“Gelang! Gelang!” kata sorang ahjuma saat Semut lalu lorong kedai yang muat-muat untuk sorang je lalu. Tambah dengan beg LowePro yang besar gedabak nih. Penuh jalan tu, ibarat gajah lah.. jalan terus tak boleh toleh.
Berpeluh jugak tengah belakang ni nak melepasi ruang sempit tu. Mujur slim-slim belaka.. kuikuikui… alhamdulillahhhh!
Senyum sampai ke telinga ahjuma kedai ni.. masyuk banyak wooo
Apabila tangan dah penuh dengan cenderamata dan brooch kiriman, apa lagi yang boleh dibuat selain dari tahan teksi balikkkkk! Rakyat jelata tak sabar-sabar nak lepak di GH. Sampai GH segar bugar semuanya, lepak main gasing! 

Sebenarnya ada juga berhajat nak ke Banpo Bridge Rainbow Fountain pada sebelah malam namun terlepas 'show' jadi tak ada tujuan la pergi kalau tak dapat tengok 'the water show'.  


Water show- 12.00, 20.00, 21.00 (weekdays)
                          12.00, 17.00, 20.00, 2030, 21.00 (weekend)
Untuk apa? Hahaha.. bagi peminat tembak menembak slow shutter ini lah peluang nyer... ;P

Nota kaki ;
Cara untuk ke Namdaemun Market spesifiknya tempat jual Brooch.
-          Turun di Hoehyeon station exit#5, Namdaemun Gate No 5. Tingkat 2 bangunan Hijau (bersebelahan bangunan oren)
-          Nak cari sudu pegi di Dongdaemun Market (stall tepi jalan)
      Namdaemun dan Dongaemun buka office hour ye kengkawan.. jangan tertipu macam semut (bukan tertipu tapi salah faham.. hehehe)

Tuesday, June 5, 2012

Itinerary Semut ke Seoul, Korea


Assalammualikum w.b.t

Break sekejap dari menulis tentang perjalanan Semut. Hari ni Semut akan reveal (hahaha.. macam rahsia besar cengkononnya) apa yang dipanggil Itinerary Semut di Seoul Korea. Semut bahagikan kepada dua iaitu yang asli (original) dan yang jadi (yang berjaya dilakukan). Okay kengkawan, sila ambil kertas dan catat! Heheheh.. 
                                      yang  Original                                   Yang Berlaku
Hari pertama          Incheon, Nami Island                      Incheon, Itaewon (Masjid)

Hari Kedua              1)Gyeongbuk Palace                      1)Deoksugung Palace
                                    2)Bukchon Hanok Village               2)Namsangol Hanok Village
                                    3)Cheonggye Stream                     3)Cheonggye Stream
                                    4)Namsangol Hanok Village         4)Dongdaemun Market
                                    5)Deoksugung Palace

Hari Ketiga               1)Itaewon                                          1) Nami Island
                                    2)Banpo Bridge

Hari Keempat         1a)Everland                                         1)Myeongdong
                                    2)Namsan Tower (night view)    2)Namdaemun Market

Hari Kelima             1)Myeongdong                             1)EVERLANd(sehari pun tak cukup)
                                    2)Dongdaemun Market             2)Dongdaemun Market
                                    3)Namdaemun Market

Hari Keenam                  Balik la apa lagi                                Sama arrr..


Nota kaki : kalau nak printout itinerary Semut yang original (dengan nota lengkap) sila hubungi saya di anniehashim@yahoo.com nanti Semut emailkan dalam bentuk .doc.
Segala sumber rujukan akan Semut bagi di entri yang terakhir “Bila semut ke Korea”.