Fuh! Nak kena jaga ke? Aiyaaa.. kena la wahai sohibah.. Bukan senang nak dapat kan.. bila dah ada, jaga la supaya tahan lama dan sentiasa nampak baru. Jangan nanti dua tiga kali pakai dah nampak lusuh. Macam ni laa.. ku turunkan tips berdasarkan pengalaman ku. Kalau anda ada idea yang lebih baik, amatlah dialu-alukan untuk kita berkongsi ilmu di sini. Wink! Wink! Ilmu yang dimanfaatkannnnnn..
Pertamanya :Jangan sekali-kali masuk mesin basuh! U'uh! (geleng pala). Kecuali, diulangi kecuali mesin basuh anda ada cucian 'delicate fabric' dan anda ada kantung khas untuk pakaian cucian 'delicate'. Alahai.. bukan susah pun nak cuci tangan. Tetapi pendapat peribadiku, seeloknya cucilah dengan tangan.
Kedua : Jangan lipat abaya anda! Lepas basuh (sesudah kering maaa) terus gosok dan gantung, lepas pakai pun gantung kat penyangkut baju. (Hampir kesemua abaya ku tak perlu gosok dan hanya sehelai dua je yang perlu digosok.. itu pun sekali.. selepas basuh)
Ketiga : Jangan guna bleach!!! Kalau di KSA, memang disediakan satu syampoo khas untuk abaya (Persil atau Woolite) yang mengekalkan kehitaman abaya. Tapi kita kat Malaysia mana adaaaa. (kalu ada yang berminat, ku sedia menerima order). Jadi, dari dulu (sebelum ku berhijrah ke KSA lagi) ku hanya mengunakan pelembut kain untuk mencuci abaya. Masih nampak macam baru walaupun usia abaya ku sudah masuk tahun ke 8.
Itu saja yang ku ingat setakat ini. Selamat menjaga abaya ;D
No comments:
Post a Comment