Antara catatan yang ku kira menyentuh.. ku 'repost' kembali sebagai pengubat rindu.
Hati berdebar-debar, jantung berdegup tidak teratur, 
fikiran kadang-kadang melayang, semangat adakalanya menghilang. Ada 
tikanya air mataku mengalir dengan sendirinya. Kenapa? Aku rindu! Rindu 
yang aku rasa tidak boleh ditampung lagi. Gila? Kan aku dah bersuami! 
Rindu aku pada Allah dan kekasihNya. Rindu aku pada bumi barakah itu. 
“kalau
 rindu pada Rasulullah... selawat la banyak-banyak. Ikut segala 
sunnahnya.” Suamiku tenang menasihati disebalik skrin komputernya. 
Selimut ku tarik hingga ke kepala. Tanda protes? Iya lah, dia dah pergi 
dua kali. Lain perasaan orang yang tak pernah pergi dengan orang yang 
dah pernah pergi. Hatiku berkata-kata.
“Arghhhhhhhhhhh!” aku menjerit, namun suara itu tidak terlepas dimulut. 
“Bukan
 kuasa abang pun dalam hal visa ni. Doa aje lah... kita tunggu sampai 
hari jumaat.” Seolah cuba memberi harapan. Aku tarik nafas panjang. 
Allahumasoli ala Muhammad....
Malam tu aku mimpi lagi. 
Sujud ku benar-benar di Masjidil Haram. Aku yakin memang itu masjidil 
Haram walaupun tak pernah menjejakkan kaki didalamnya.
Bila diuji,
 kita akan bersungguh-sungguh dalam berdoa. Macam pernah ku dengar 
kata-kata tu. Dan aku akui betul. Solat duha yang celup-celup ba. Aku 
dirikan setiap hari. Solat hajat aku lakukan sedaya mungkin. Doaku penuh
 mengharap. Ya Allah! Izinkan aku!
Isnin berlalu, Selasa terasa merangkak, Rabu menyapa.
“Kawan
 abang dah dapat visa. Sabtu fly.” Suamiku bagitahu setibanya dia dari 
tempat kerja petang Rabu tu. Terasa ingin menjerit. Kaki dan tangan ku 
lenguh!
“Kita?” soalku teragak-agak.
“Jangan
 mengharap sangat la.. 50-50. Diorang cuba sebaikmungkin untuk kita.” 
Aku sudah pun duduk mencari kekuatan mendengar kata-kata suamiku.
Khamis,
 Jumaat masih tiada apa-apa. Bagai menunggu buah yang NAK gugur. Bila 
gugurnya? Tak tau. Kalau tak ditunggu, nanti jatuh ke tanah benyek 
pulak. Mahu dijolok, entah apa belum masak. Ditunggu gugurnya, memang 
terasa lama. Sakit! Apa yang sakit? Aku pun tak tau nak kata.
Kalender
 menjadi popular pulak sebab aku tak jemu menatapnya. Sabtu, terbangnya 
Azman dan keluarganya ke Jeddah. Perjalanan mereka sudah bermula. 
Bagi
 mereka yang pergi dengan Syarikat Besar, kemungkinan besar memang tak 
ada masalah untuk dapat visa. Maklumlah duit pun besar. Bagi kami yang 
budget ciput dan hanya mengunakan perkhidmatan agensi kecik? Ini lah 
masalahnya. Kerajaan Arab Saudi pulak keluar syarat baru. Nak apply visa
 kena bagi nama hotel. Hotel mestilah yang diiktiraf muasasah. 
Sabtu,
 suamiku tak berkata apa-apa. Emm... Allah belum izin lagi. Aku perlu 
baiki bacaan Al-Quran agaknya. Perlu baiki hati yang suka berkata-kata, 
mungkin. Arghh!.. aku mesti bersangka baik dengan Allah! 
Panggilan
 telefon hari Sabtu tu, menyuntik sedikit harapan. Tapi buah tak gugur 
lagi! Don’t give up hope! Isnin ada lagi. Abis! Beg macam mana? Nak 
kemas tak?
“Kemas saja la. Kita tawakal. Hari nie 
kedutaan tak bukak. Kita tunggu sampai hari Isnin. Pegi saja airport. 
Kalau sampai pukul 2 petang tak ada. Memang bukan rezeki kita la.” Tiket
 pukul 330 petang! Adusssssssssss.... senaknya perut. Terasa pedih ulu 
hati. Selera makanku dah seminggu hilang. Hanya tunggu lagi sehari 
hukuman mahu dijatuhkan. Mati kah aku? 
Malam tu aku kemas beg 
selayaknya aku dapat pergi. Ku pujuk diri. InsyAllah macam kes ke 
Kuching hari tu. Last minute nama dipanggil. Akhirnya kami berjaya naik 
flight ke Kuching. Tetiba aku senyum. Tidur malam tu tak nyenyak. Allah!
 Izinkan kami menjadi tetamu Mu.
Pagi tu, seperti biasa solat di Namira. Terngiang-ngiang suara Ustaz Badrul Amin. 
“Saya
 dah pernah pergi Masjid An Namira. Malam ni saya berceramah pula di 
Surau An Namira.” Aku pulak, hari-hari pergi Surau An Namira. InsyAllah!
 Aku akan dapat tengok Masjid An Namira. 
Pukul 10 pagi Isnin, telefon berbunyi.
“Passport
 dah masuk kedutaan. Doa aje lah mood staff baik. Cepat la keluar Visa 
tu. Tapi jangan lah mengharap sangat.” Kata-kata yang kemudian tu 
sengaja ditekan agar aku tak merasa keciwa jika visa tak dapat. Jantung 
aku masih macam itu, rentaknya tetap tidak teratur selagi aku tak tau 
keputusan sebenar.  Anak-anak telah terlebih dahulu diperingatkan supaya
 jangan terlalu mengharap. Tak mahu mereka menangis, andaikata kami 
gagal pergi. Aku? Aku rasa anak-anak lagi tabah dari aku.
Semenjak
 keluar dari rumah, anak-anak tidak habis bergurau. Aku? Mulut yang 
sentiasa kumat kamit seolah membaca mentera. Doaku tak putus. Segala apa
 yang ku ingat terus ku baca. Sehinggakan doa nabi Yunus ditelan ikan 
paus, menjadi mainan dibibir tanpa sedar.
Telefon berbunyi ketika kereta melepasi Dengkil. Akhirnya! Panggilan yang ditunggu-tunggu.
“Visa dah siap! Cepat pergi airport!” Satu lepasan nafas lega suamiku. Suasana dalam kereta tiba-tiba sunyi seketika. 
Ya Allah! Ujian Mu yang pertama. Syukur Alhamdulillah.....
Bumi Barakah.
Aku
 menarik nafas dalam-dalam sebaik kaki mencecah tar yang hangat. Angin 
lembut menyapa pipi bagai menyambut ketibaan. Perasaan yang sukar 
diungkap. Bagi jemaah lain ku tengok sibuk berborak. Tapi aku lebih 
selesa diam sambil memantau anak-anak yang begitu teruja. Mereka tak tau
 ke, umi mereka ni kalau boleh nak sujud syukur kat tar lapangan terbang
 tu jugak. 
‘Butterfly in my stomach!’ hahaha... tetiba ungkapan 
omputeh tu bermain di  minda. Aku masih ok. Syukur ku tak putus. Mana 
surau ni? Aku dah tak sabar-sabar nak sujud syukur.  Sebaik turun dari 
shuttle, aku pastikan anak2 mengikuti langkah suami. Dia lebih tau. 
Ramai yang menunggu untuk melepasi kastam. Sebaris panjang disebelah, 
jemaah dari Indonesia siap berihram. Malam ni mereka akan lihat Kaabah! 
Bestnya!
Agak lama berbaris, akhirnya kami melepasi kastam. Seusai
 mengambil beg, kami menuju keluar. Beberapa orang kawan suami yang 
bekerja di Jeddah begitu mesra menyambut kami. Wah! Cerianya mereka. 
Maklumlah selalu boleh buat umrah. Untungnya.
Perjalanan 
seterusnya ke Madinah mengambil masa antara 5-6jam. Wakil dari KHB 
travel agent dah menunggu. Aku perlu cari surau! Kat sini mana ada 
surau! Tiada istilah surau, yang ada hanya Mosque=masjid. Ramai jemaah 
yang berpusu-pusu untuk mengerjakan solat jamak dan qasar. Sana-sini 
riuh kelihatan ketua rombongan memberikan arahan kepada jemaah dibawah 
kelolaan mereka. Berkumpul sebelum melakukan sesuatu. Aku? Ermmm... 
hanya aku dan keluargaku, kami agak terasing. Mujur suami pernah 
menunaikan umrah. Setiap langkahnya ku ikut. Akhirnya aku dapat sujud, 
bersyukur dengan keizinan Nya untuk aku bertamu di sini. 
Oh! Ada dua lagi keluarga sudah menunggu di dalam bas mini yang akan membawa kami ke Madinah. Nampaknya aku ada kawan. 
“Woah! Bas kecik. Laju ni. Mau-mau kurang 6 jam dah sampai.” Dengar 
komen dari sahabat suami. Alhamdulillah! Kalau macam tu, lagi cepat lah 
aku sampai Madinah al Munawwarah. Sungguh Allah memang mahu aku menjadi 
tetamu di bumi bersemadinya kekasihNya. 
Kotak makanan berisi ayam
 masak merah, telur dadar dan beberapa hirisan timun dihulur bersama air
 sebotol. Woah! Makanan lagi! Perut masih penuh dengan makanan dalam 
kapalterbang tadi. Mewah  betul dengan makanan. Alhamdulillah.
Kiri
 kanan perjalanan amat gelap. Hanya bertemankan lagu-lagu alunan irama 
timur tengah dan deruan kasar engin bas. Entah bila aku terlelap dan 
tersedar apabila bas berhenti. Ha! Dah sampai! Aku memanjangkan leher 
menjenguk ke luar tingkap. 
“R & R. Nak turun ke?” Suami 
memberitahu tanpa dipinta. Aku geleng. Husna yang lena tidur dipangkuan,
 kesejukan. Tingkap dibuka. Aku nak merasa angin padang pasir! Jam 
menunjukkan hampir pukul 2 pagi.
Macammana keadaannya Madinah al Munawarah? 
Lampu-lampu neon mula menghiasi permandangan. 
“Dah sampai ke?” Soalku ibarat anak kecil.
“Hampir masuk tanah haram Madinah.” Beritahu suami.
Lampu semakin cerah. Jalan raya  terang. Tiba-tiba anak-anak ku menjerit. 
“Masjid Nabiiiiiiiiiiiiiiii!”
“Cantiknya cantiknya!”
Bas
 berhenti agak jauh dari Masjid Nabawi. Dah boleh turun ke? Kenapa tak 
bukak pintu bas? Masing-masing agak teruja. Agak kecoh jadinya bila ayam
 dan itik berkomunikasi. Mujur ada jugak sepatah dua perkataan Arab yang
 diketahui. Rupa-rupanya sipemandu tak tau nama hotel yang sepatutnya 
kami hinap. Beberapa orang sudah kelihatan melintasi bas menuju kea rah 
masjid. Disebalik bangunan hotel yang tinggi kelihatan empat menara yang
 amat indah. Allahuma solliala Muhammad... SubhanAllah.
Azan 
pertama berkumandang sebaik sahaja bas berhenti di hotel Al Fayroz. 
Hanya 50 meter dari pekarangan Masjid Nabawi. MasyAllah! Begitu hampir. 
Kami bergegas memasuki hotel. Aku semakin teruja, lebih-lebih lagi 
melihat beberapa jemaah yang berlari-lari menuju ke masjid. Bilik kami 
di tingkat 9. Nombor 910. Masing-masing sibuk membersihkan diri 
seringkas mungkin. Azan kedua jelas kedengaran. Kami bergegas pula untuk
 turun. Lif tak kunjung tiba. Kami menapak menuruni anak tangga. 
Sembilan pun Sembilan lah... yang penting kami tak mahu terlepas subuh 
pertama ini. Ya Allah! Izinkan aku sujud bersama2 imam disubuh pertama 
ini.
Aku bersama tihani berlari-lari anak setelah berpisah dengan 
suami dan anak2 yang lain. Imam membaca surah yang agak panjang, memberi
 kesempatan untuk kami memasuki saf. Walaupun aku hanya bersolat 
dipekarangan masjid bertemankan belalang-belalang yang bertaburan, aku 
amat bersyukur. Beginilah agaknya perasaan Saidina Abu Bakar apabila dia
 sempat berimamkan Rasulullah.
“Sami Allahuliman hamidah!”
“Robana walakal ham!”
Suatu hari saidina abu bakar ra sedang berjalan menuju kemasjid untuk 
berjemaah bersama rasulullah. dihadapan beliau seorang warga tua sedang 
berjalan dengan amat perlahannya (maklum sudah tua). oleh kerana 
berpegang teguh dengan pesanan sahabat beliau, rasulullah saw, 'bukan 
dari umat ku jika orang muda tidak menghormati orang tua', beliau tidak 
memintas warga tua tersebut walaupun disebabkan itu dia agak kelewatan 
sampai kemasjid (jika dia pintas bermakna dia tidak menghormati orang 
tua tersebut). 
sesampai dimasjid didapati jemaah sudah pun 
memulakan solat bersama rasulullah saw dan beliau berasa teramat amat 
bersyukur pada Allah swt dan memuji muji kebesaranNya kerana beliau 
sempat juga rukuk  bersama rasulullah saw. 
Dari situlah Allah swt
 telah menurunkan wahyu kepada rasulullah saw supaya menukarkan bacaan 
kepada 'sami'Allahu liman hamidah' kerana Allah mendengar bisikan hati 
saidina abu bakar yang memuji muji KebesaranNya.
Aku rasakan 
sepanjang hidupku. Inilah sujud yang paling damai. Di lantai putih ini 
air mata ku menitis. Allah! Kau izinkan jua aku bersujud dirumah Mu ini.
 Didalam sana, bersemadi dengan damai kekasih Mu yang terlalu ku rindui.
 Tunggulah. Akan ku ziarahmu wahai kekasih Allah. Ya Allah bagilah aku 
kelapangan. Berilah aku kesempatan berkunjung menziarahi Rasul Mu...
InsyAllah akan disambung...............

