DARI MATA SANG SEMUT...

Melihat ciptaan Allah lalu disimpan di kotak memori hanya untuk kita seorang. Bagaimana cara untuk berkongsi bersama apa yang kita lihat dan alami...

Dengan rendah hati, ingin dikongsikan kepada semua .. dari pandangan sang semut....

...


Saturday, February 18, 2012

Saya pemegang DSLR dan saya bukan seorang jurugambar!


Kamera telefon bimbit

Alasan apabila lama tak kemas kini Blog? Heheh.. saya tak mahu beri alasan. (perasan disitu penggunaan kata ganti diri sudah bertukar. Kenapa? Hehehe.. TST = MOU ). Baiklah.. (woah! skemanya sekarang-saya dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu).

Benar, saya hanya seorang pemegang kamera DSLR dan bukannya seorang jurugambar! Jadi hasil dan mutu 'tembak'an saya tidak setaraf jurugambar professional. Adakah saya tidak mahu menjadikan hasil tangkapan saya setanding mereka? Wooo.. Mesti mau!

Kebanyakkan gambar yang saya post tidak pernah mendapat 'kutukan' membina. Kenapa? adakah kerana menjaga hati. Saya tidak tahu dimana silap dan dimana mahu diperbaiki. Saya takut jika terlalu banyak pujian diterima, maka jadilah saya seperti 'syok sendiri'.

'From snap shot to great shot' Namun saya masih jauh untuk mencapai tahap 'great shot'. Lihatlah perbezaannya.






Antara percubaan awal bersama DSLR



Percubaan lagi

Percubaan Macro